Monday, February 9, 2009

MENGUBAH TABIAT MAKAN

TABIAT MAKAN di luar adalah satu perkara yang sering diperhatikan di negara ini, Dengan adanya gerai-gerai kecil, warung dan juga restoran yang boleh didapati di mana-mana sahaja.Makanan-makanan yang dihidangkan di tempat ini adalah sedap dan enak. Akan tetapi tidak semua makanan yang dihidangkan itu berkhasiat dan kebanyakannya kaya dengan lemak, kalori dan perasa tiruan yang mengandungi bahan kimia.