Monday, February 9, 2009

MENGUBAH TABIAT MAKAN

TABIAT MAKAN di luar adalah satu perkara yang sering diperhatikan di negara ini, Dengan adanya gerai-gerai kecil, warung dan juga restoran yang boleh didapati di mana-mana sahaja.Makanan-makanan yang dihidangkan di tempat ini adalah sedap dan enak. Akan tetapi tidak semua makanan yang dihidangkan itu berkhasiat dan kebanyakannya kaya dengan lemak, kalori dan perasa tiruan yang mengandungi bahan kimia.

Thursday, February 5, 2009

AKHLAK SENIMAN

SENIitu amat luas bidangnya (skop).Dengan itu, seniman atau seniwati juga turut mencakupi bidang yang juga luas.Walau bagaimana pun, di sini hanya akan diperkatakan tentang seniman atau seniwati yang bergiat aktif dalam dunia hiburan.Seni hiburan adalah mencakupi bidang nyanyian (penyanyi dan pemuzik), lakonan (drama, filem dan teater),dan sesiapa sahaja yang berkaitan dengannya.




Malaysia ternyata adalah antara negara yang mengiktiraf sumbangan-sumbangan para seniman-seniwati dengan pelbagai ganjaran dan pengiktirafan. Pada hari ini, kebanyakan antara mereka telah diberi gelaran Tan Sri, Datok Seri, Datok dan pelbagai bintang dan darjah penghormatan.
Seniman rakyat juga pernah dianugerahi dan diangkat menerima hadiah (watikah, persalinan dan ribuan ringgit) dalam program Anugerah Seniman Negara.