Tuesday, February 2, 2010

FERGUSON SUDAH NYANYUK!

Apa sudah jadi dengan si pengurus tua, Manchester United yang mencabar Arsenal untuk bangkit dan mengalahkan CHELSEA dalam perlawanan yang bakl menjelang pada hujung minggu nanti. Nampak betul betapa gelojoh nya si tua bangka ini. Terlampau hendakkan gelaran juara sanggup merayu-rayu pula pada Arsenal yang mereka pukul 3-1 pada perlawanan yang lepas. Oleh kerana, sudah tidak terkejar CHELSEA yang masih kekurangan 1 perlawanan, maka digunakan taktik macam ini pulak. Selekeh betul..

Kemenangan Manchester United di tangan Arsenal lebih kepada nasib, kerana Arsenal sebenarnya memperolehi banyak peluang di depan gol, tetapi disia-siakan. Sekiranya Arsenal berjaya menjaringkann gol awal, sudah pasti Manchester United menggigit jari lagi. Pemain-pemain muda Arsenal pada malam itu gagal menyaingi pemain-pemain "kuda tua" Manchester United. Kemenangan Manchester United bukann kerana kehebatan atau kekuatan, cuma pihak lawan gagal memanfaatkan peluang. Permainan Manchester United biasa sahaja, dan jaringan awal biasanya menjadikan pemain-pemainya hilang arah. Mereka akan menjadi angkuh dan sombong jika berjaya menjaringkan gol terlebih dahulu. Jadi, setiap lawan yang akan menentang pasukan Manchester United perlu berhati-hati dan jaringkan gol seawal mungkin. Ini akan dilakukan oleh CHELSEA.