Friday, September 18, 2015

RAHSIA PESANAN LUQMAN AL-HAKIM

Ini adalah 50 nasihat LUQMAN AL HAKIM kepada anaknya. Tujuannya adalah semoga anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah, berbakti kepada orang tua, menjadi PEMBELA BAGI AGAMANYA, bermanfaat bagi bangsa dan negaranya.
PESANAN PERTAMA:

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG

Dalam mengerjakan ibadat solat, sering kita diganggu oleh pelbagai perkara yang dimainkan oleh iblis dan para syaitan. Khusyuk dalam solat itu merupakan antara kunci yang penting untuk memberi kesan yang baik secara efektif kepada orang yang mendirikannya. Allah Ta‘ala menggelar mereka sebagai orang mukmin yang berjaya. Allah Ta‘ala berfirman: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-2) ‘Khusyuk’ ialah hati sentiasa hidup, manakala khusyuk dalam solat adalah menghadirkan hati kepada Allah SWT di dalam solat. Ia merupakan hakikat batin yang sebenar-benar bagi suatu solat. Hakikat zahirnya pula adalah perbuatan anggota seperti berdiri, membaca, rukuk, sujud, duduk dan sebagainya. Kedua-duanya mestilah dilaksanakan dengan sempurna. Sabda Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam: “Solat itu dua-dua rakaat, terdapat tasyahhud pada setiap dua rakaat, kekhusyukan hati, bersungguh-sungguh memohon dan merendah diri serta ketenangan hati……..” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)