Saturday, December 5, 2009

RAHSIA TINGKAHLAKU DISEBALIK PERCAKAPAN

Daripada:selangor2u.com
selangor2u Forum

Sebelum membaca artikel ini seperti biasa la kan, jangan terima bulat-bulat dan bukan semua ciri-ciri yang disenaraikan tepat dengan diri seseorang.

1.Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap
Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.

2.Berpeluk tubuh ketika bercakap
Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.

3.Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari
Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.

4.Mata dan dahi berkerut-kerut
Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.

5.Mata berkelip lebih laju daripada biasa
Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.

6.Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap
Ini menunjukkan dia amat berminat dengan isi percakapan kita betul-betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan kita secara lebih dekat.

7.Memandang kita, tetapi tidak pada mata ( tetapi dia memandang hidung, dagu, dahi, atau leher kita ) sewaktu kita bercakap
Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya tidak selesa. Dia tidak releks.

8.Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang
Dia bersikap nagetif kapada kita. Dia kekungkina berasa bosan, menyampah ragu atau memandang rendah diri kita.

9.Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap
Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya tegang.

10.Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas
Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya memiliki nafsu hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya.

Mana satu anda?

Friday, December 4, 2009

BERITA MEMALUKAN

Daripada Selangor2u.com:



Pastinya sesuatu yang memalukan rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu yang beragama islam secara amnya dan tiada orang lain yang lebih malu jika bukan keluarganya sendiri.

Dilahirkan dengan jantina lelaki dan nama asalnya Mohammed Fazdil Min Bahari kini Fatine yang berada di London takut untuk pulang ke Malaysia selepas pelbagai reaksi negatif tentang perkahwinannya dengan seorang lelaki warga Britain.


Komen:

Daripada berita ini jelaslah bahawa anak-anak Melayu (usia remaja) mengalami krisis moral yang teruk. Ini adalah kerana "kejahilan" dalam ilmu agama Islam. Kalau dia tahu hal-hal agama Islam, khususnya yang berkaitan dengan dosa dan pahala pasti ia tidak akan melakukannya.

MUNGKIN DUNIA SUDAH MENGHAMPIRI KIAMAT



Adakah perkahwinan lelaki dengan lelaki itu sesuatu yang moden??

Mohamed Fazdil (Fatine) berusia 36 tahun telah berkahwin dengan Ian Young, 30 warga Britain pada Mei yang lalu.

Permohonannya untuk mendapatkan visa “leave to remain” di Uk juga telah ditolak beberapa kali dan kemungkinan dia akan dihantar pulang ke Malaysia.

Semua orang membuat kesalahan dalam hidup dan selagi nyawa dikandung badan pintu taubat untuk kembali ke jalan yang lurus masih terbuka untuk Mohammed Fazdil dan rakyat Malaysia juga boleh menerimanya jika anda benar-benar insaf.

Jangan harap untuk menerima kemaafan dari rakyat Malaysia jika hanya kata-kata maaf diluahkan tanpa kembali ke jalan yang benar.

Apa kata-kata nasihat anda kepada Mohammed Fazdil supaya dia kembali ke pangkal jalan? Cemuhan bukan jalan penyelesaian.

Friday, November 20, 2009

MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN

PERNIAGAAN MELALUI SMS:
Saya ingin menceritakan kepada saudara/ saudari tentang apa sebenarnya
produk yang dipasarkan oleh Syarikat Hypernet Resources???

HyProBulkSMS menyediakan satu sistem SMS secara online yang cukup mudah, praktikal dan efektif. Sistem yang dikenali dengan BULK SMS ini cukup berguna kepada individu mahupun organisasi syarikat atau sesiapa sahaja yang amat memerlukan SISTEM SMS ini dalam menyampaikan pelbagai maklumat.

Sistem ini juga di sokong oleh semua syarikat utama Telekomunikasi di Malaysia dan juga beberapa syarikat telekomunikasi luar negera. Penggunaan sistem ini amat mudah dan mesra, kerana TIDAK MELIBATKAN PENGGUNAAN SEBARANG SOFTWARE, HANYA PERLU INTERNET SAHAJA.KAMI SEDIAKAN SISTEM, ANDA SEDIAKAN NOMBOR TELEFON..ITU SAHAJA!!

APAKAH KEPENTINGAN SMS ?

Sistem kami ini di gunakan dalam bentuk BULK SMS. BULK SMS ialah satu cara menghantar SMS dengan hanya sekali KLIK kepada beribu penerima dalam masa sesingkat 30saat. Menarik ya ! Satu KLIK, beribu orang menerima SMS anda ! Hanya menggunakan WEBSITE yang dihubungkan dengan internet sahaja anda boleh menghantar beribu SMS !

Umum mengetahui bahawa khidmat SMS amat penting pada hari ini. KEMAJUAN TEKNOLOGI telah memaksa ramai pihak untuk menerima dan menghantar sesuatu maklumat dalam kadar yang singkat.

Antara keperluan SMS yang selalu digunakan adalah untuk :

- Jemputan Majlis Kahwin/ Majlis Kenduri dan pelbagai lagi
- Khidmat Pelanggan seperti SMS maklumat terkini / perkembangan / promosi
- Ucapan hari perayaan
- Peringatan seperti mesyuarat
- Promosi ahli / barang / perkhidmatan
- Kegunaan untuk perniagaan MLM, Promosi Produk,Perniagaan dan banyak lagi

Anda perlu ketahui bahawa sebanyak 9.5 bilion SMS dengan purata RM5 bilion dihantar pengguna telefon bimbit di Malaysia sepanjang tahun 2004. 3.4 bilion pula direkod sehingga suku pertama tahun 2005. Satu jumlah yang begitu besar dan ia juga menunjukkan penggunaan SMS amat penting pada hari ini. Namun, adakah harga satu SMS dihantar berbaloi ? Dengan sistem BULK SMS ini, anda mampu berjimat banyak perkara….

SISTEM DAN KELEBIHAN BULK SMS

HyProBulkSMS hanya menjual ONE WAY SMS sahaja. Ini kerana 2 WAY SMS memerlukan lesen daripada kementerian dan prosesnya agak leceh. Dengan ONE WAY SMS ini anda masih lagi mampu menggunakan nya untuk menghantar SMS ke individu tertentu, rakan, saudara dan ia juga mampu di gunakan untuk pelbagai kegunaan. Hanya perlu komputer yang disambung internet , mempunyai data nombor telefon untuk dihantar, dan jumlah credit yang mencukupi . Kemudian , dengan sekali KLIK sahaja, SMS anda telah dihantar dengan pantas sekali. Anda juga boleh download cara-cara manual penggunaan sistem HyProBulkSMS ini.

Ini adalah kelebihan dan ciri-ciri BULK SMS ini :

- SMS Branding (Guna nama anda sebagai ID penghantar)
- SMS Delivery report.
- Personalized SMS
- Multilanguage SMS (Chinese text, Arabic …)
- Send Long SMS (lebih 160 patah perkataan )
- Send MMS
- Send Business Card
- Send Flash SMS / Blinking SMS
- SMS Reminder / Scheduler
- Personal Phone book
- SMS Status report and Campaign report
- Mobile number grabber (Software mengumpul nombor telefon)
-Text2Speech (Tukar ayat ke suara menggunakan MMS-WAP Push)
- Character counter

TIDAK MENGGUNAKAN SOFTWARE DAN MUDAH DIKENDALIKAN

Diatas adalah penerangan ringkas dan jelas mengenai produk
yang ditawarkan kepada anda oleh syarikat.

Cuba lawati: KLIK SINI

- Jangan Berbicara Tentang Kejayaan Jika Kita Takut Melakukan Pengorbanan -
Syed Al-Bukhari

Live Chat software
:: Jika kita rajin usaha, insyaallah rezeki akan selalu bersama kita ::

:: Jangan mudah putus asa dalam melakukan sesuatu perkara ::

:: Berjuang selagi anda mampu berjuang ::

:: Jangan terlalu mengharapkan orang lain, cuba usaha dan pastinya anda akan perolehi sesuatu yang anda impikan ::
Cuba lawati: KLIK SINI
Cuba lawati: KLIK SINI

Ingin Menjadi Superhero? Klik Disini!

Monday, February 9, 2009

MENGUBAH TABIAT MAKAN

TABIAT MAKAN di luar adalah satu perkara yang sering diperhatikan di negara ini, Dengan adanya gerai-gerai kecil, warung dan juga restoran yang boleh didapati di mana-mana sahaja.Makanan-makanan yang dihidangkan di tempat ini adalah sedap dan enak. Akan tetapi tidak semua makanan yang dihidangkan itu berkhasiat dan kebanyakannya kaya dengan lemak, kalori dan perasa tiruan yang mengandungi bahan kimia.

Thursday, February 5, 2009

AKHLAK SENIMAN

SENIitu amat luas bidangnya (skop).Dengan itu, seniman atau seniwati juga turut mencakupi bidang yang juga luas.Walau bagaimana pun, di sini hanya akan diperkatakan tentang seniman atau seniwati yang bergiat aktif dalam dunia hiburan.Seni hiburan adalah mencakupi bidang nyanyian (penyanyi dan pemuzik), lakonan (drama, filem dan teater),dan sesiapa sahaja yang berkaitan dengannya.




Malaysia ternyata adalah antara negara yang mengiktiraf sumbangan-sumbangan para seniman-seniwati dengan pelbagai ganjaran dan pengiktirafan. Pada hari ini, kebanyakan antara mereka telah diberi gelaran Tan Sri, Datok Seri, Datok dan pelbagai bintang dan darjah penghormatan.
Seniman rakyat juga pernah dianugerahi dan diangkat menerima hadiah (watikah, persalinan dan ribuan ringgit) dalam program Anugerah Seniman Negara.

Thursday, May 8, 2008

MASALAH, PENYAKIT DAN TINDAKBALAS

Masalah kesihatan yang mungkin dihadapiPenyakit yang mungkin dihidapi disebabkan masalah kesihatanTindak balas yang mungkin berlaku disebabkan masalah kesihatanPenjelasan
Gastrointestinel (radang usus)Sakit perut akibat makanan tak hadam, asid perut berlebihanLoya, mual, muntahSebab utamanya asid berlebihan yang dihasilkan dalam perut.(Nasihat : ambil selepas makan)
-Sistem pencernaan yang bermasalah, kembung perutKetidakselesaan di bahagian dadaKetidakselesaan disebabkan tindak balas kimia antara asid perut dan makanan
Peredaran darahTekanan darah tinggi, penghalang proses vaskularDemam, teransang, bertenaga, cergas dan tidak dapat tidurHerba memperbaiki peredaran darah, melebarkan arteri, menyalurkan lebih darah dan oksigen ke otak

Ingin Menjadi Superhero? Klik Disini!

Tuesday, February 19, 2008

PILIHANRAYA MALAYSIA

PILIHANRAYA DATANG LAGI! Ni yang seronok. Tau kenapa seronok? Sekarang la kita boleh nampak sapa ada iman ke tak dak iman...

Terkejut...terkejut. SUATU KENYATAAN YANG KELUAR DARI MULUT SEORANG PEMIMPIN BESAR NEGARA...DIA SAMAKAN MANUSIA DENGAN BINATANG... BOLEH KA MACAM TU...Saya ni nak tau jugak la.

Saya nak cari la AYAT QURAN atau HADIS atau apa-apa aje yang menyentuh perkara ini. Bila mai pilihanraya semua jadi kalut. Kadang-kadang bimbing jug..takut jadi macam negara luar.. pilihanraya hancur.Pemimpin bertelagah. Rakyat haru biru dan jadi mangsa keghairahan ahli politik. Negara dah merdeka 50 tahun pastinya menjadikan kita matang dalam pemikiran, pentadbiran dan segalanya.

Tapi, rasa lega bila baca berita hari ini ....

PARIT: Umno tidak akan menggunakan pendekatan maki hamun atau mencaci ahli dan pemimpin parti lawan untuk meraih sokongan pada pilihan raya umum kali ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden Umno berkata, parti itu tetap menghormati mana-mana pemimpin, sekalipun pemimpin pembangkang dan bukan cara Umno untuk meraih sokongan melalui maki hamun.

"Kita mentadbir negara berdasarkan trek rekod kita, dasar serta program dan prinsip mengikut etika dalam politik kita," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit di sini, semalam.

Beliau berkata, Umno tetap berpegang teguh dengan dasar perjuangan dan ideologi yang jauh lebih baik dan murni daripada apa dikatakan pembangkang.

Dilihat dari pernyataan itu, sedap lah sikit hati. Bak kata orang tua-tua, bercakap biarlah bertimbang-timbang... nanti kalau dah panas kan susah. Api lawannya air. Kalau api disiram minyak (minyak petrol mahal), maraklah ia membakar ketengangan dan kedamaian negara. Kita dah dikejutkan dengan pelbagai peristiwa hitam pada tahun 2007. Biarlah peristiwa itu berkubur dalam lipatan sejarah negara.