PILIHANRAYA DATANG LAGI! Ni yang seronok. Tau kenapa seronok? Sekarang la kita boleh nampak sapa ada iman ke tak dak iman...
Terkejut...terkejut. SUATU KENYATAAN YANG KELUAR DARI MULUT SEORANG PEMIMPIN BESAR NEGARA...DIA SAMAKAN MANUSIA DENGAN BINATANG... BOLEH KA MACAM TU...Saya ni nak tau jugak la.
Saya nak cari la AYAT QURAN atau HADIS atau apa-apa aje yang menyentuh perkara ini. Bila mai pilihanraya semua jadi kalut. Kadang-kadang bimbing jug..takut jadi macam negara luar.. pilihanraya hancur.Pemimpin bertelagah. Rakyat haru biru dan jadi mangsa keghairahan ahli politik. Negara dah merdeka 50 tahun pastinya menjadikan kita matang dalam pemikiran, pentadbiran dan segalanya.
Tapi, rasa lega bila baca berita hari ini ....
PARIT: Umno tidak akan menggunakan pendekatan maki hamun atau mencaci ahli dan pemimpin parti lawan untuk meraih sokongan pada pilihan raya umum kali ini, kata Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Presiden Umno berkata, parti itu tetap menghormati mana-mana pemimpin, sekalipun pemimpin pembangkang dan bukan cara Umno untuk meraih sokongan melalui maki hamun.
"Kita mentadbir negara berdasarkan trek rekod kita, dasar serta program dan prinsip mengikut etika dalam politik kita," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit di sini, semalam.
Beliau berkata, Umno tetap berpegang teguh dengan dasar perjuangan dan ideologi yang jauh lebih baik dan murni daripada apa dikatakan pembangkang.
Dilihat dari pernyataan itu, sedap lah sikit hati. Bak kata orang tua-tua, bercakap biarlah bertimbang-timbang... nanti kalau dah panas kan susah. Api lawannya air. Kalau api disiram minyak (minyak petrol mahal), maraklah ia membakar ketengangan dan kedamaian negara. Kita dah dikejutkan dengan pelbagai peristiwa hitam pada tahun 2007. Biarlah peristiwa itu berkubur dalam lipatan sejarah negara.
Tuesday, February 19, 2008
Monday, February 18, 2008
ADIDAS STORY
TODAY'S REFLECTION
Base on the national football perfomance in this country, we can view that Kedah team will be on an axcellent track on this season. After 13 games, clearly Kedah players are very strong fighter to be on the top from their three challengers as Selangor, Perak and Perlis.
Yesterday night (Saturday), Kedah won 4-1 against Penang. That's their good situation compaired with other team like Perak just drew 1-1 against Trengganu; Selangor beat UPB-MyTeam (2-1) and Perlis won 4-1 on Sarawak.

Thursday, February 14, 2008
ADIDAS MADNESS
Yesterday my youngest son asked me about playing football. He want to know how I've played football during my teenage. I told him, it's same likes you are played today. Then, he want to know about shoes or boots (for play football). My replied is on my age, we not wear any shoes (we called "kaki ayam"). I wear a boots to play football when I was in college. That time, the famous brands is "Tourch" boots. I don't know which company produced this boots. First time I wear the ADIDAS boots when I finish my college, start working as a teacher and get a salary. That time is 1980. Its too far for me to remember how's I'm very proud to wear that boots.
Monday, February 11, 2008
MEROKOK MEMBUNUH
Statistik menunjukkan hasil penjualan rokok di negara ini sentiasa meningkat dari tahun ke setahun.Jumlah orang yang mati akibat merokok juga meningkat pada masa yang bersamaan. Ini bererti semakin meningkat hasil jualan rokok semakin meningkat pula orang yang mati kerana merokok. Menurut satu kajian ke atas 1,171 murid sekolah, didapati 47.6% menghisap rokok.Ini bererti pula merokok bukan sahaja popular di kalangan orang dewasa bahkan di kalangan murid-murid sekolah.
Seorang pensyarah perubatan di salah sebuah universiti di Bandung pernah menulis sesuatu yang amat berharga iaitu:
semakin banyak orang menggunakan wangnya membeli kematian
Maka di sini, pensyarah tersebut menganggap rokok adalah kematian. Beliau menambah lagi bahawa " ada pihak yang mengaut keuntungan dengan menjual kematian. Ini samalah seperti seorang pembuat keranda sentiasa berdoa agar ada orang mati untuk dia mengambil upah membuat keranda.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia, didapati faktor utama yang membantu peningkatan jumlah perokok adalah pengikalanan oleh media massa samada yang bertulis mahu pun media elektronik.
Apakah pendapat anda berhubung dengan tabiat merokok di kalangan remaja terutama pelajar sekolah? Wajarkah DIHARAMKAN TERUS PENJUALAN ROKOK DI NEGARA INI?
Ingin Menjadi Superhero? Klik Disini!

Friday, February 8, 2008
MORE OVERTIME PAY FOR DOCTOR
More overtime pay for docs and specialist. WHY FOR THEM? not for TEACHERS.
Friday, February 1, 2008
ISTIMEWANYA HARI JUMAAT
Teman-teman Muslim yang dirahmati Allah,
Solat jumaat adalah perkara fardhu yang diketahui oleh umumnya umat Islam. Sumber tentang kefardhuannya ialah kitab Allah dan sunat Rasulullah serta ijma'
Firman Allah Subhanahua ta'ala di dalam Surah Al-Jumaat ayat 9 9 yang bermaksud : " Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu)''.
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Dari Jabar, dia berkata : Rasulullah s.a.w. berkhutbah kepada kami, sabdanya :
" Ketahuilah sesungguhnya Allah ta'ala telah memfardhukan ke atas kamu jumaat ditempat ini, pada tahun ini, sesiapa yang meninggalkannya kerana menganggap ringan dan mengingkarinya, maka Allah tidak akan menghimpunkan baginya kekuatan, tidak ada berkata dalam urusannya, ingatlah, tidak ada solat baginya, ingatlah tidak ada zakat baginya, ingatlah tidak ada haji baginya.''
Saudara kaum muslimin,
Menunggu ibadat jumaat bagaikan menunggu hari (perayaan) mingguan umat Islam. Sebelum menghadirkan jumaat kita disunatkan mandi terlebih dahulu. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Tidak seseorang itu pada hari jumaat, mandi, bersuci seboleh mungkin, mengenakan minyak, menggunakan minyak wangi dirumahnya kemudian keluar, dan tidak memisahkan antara dua orang, kemudian ia diam apabila imam berkhutbah, melainkan diampunkan baginya antara jumaat itu dengan jumaat yang akan datang. "
Menghadirkan jumaat hendaklah dalam keadaan selesa dan memberi keselesaan kepada orang lain sehingga Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang memakan tumbuhan ini iaitu bawang putih, maka jangan menghampiri masjid kami.
Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 31
Maksudnya : " Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ketempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)".'
Nyatalah disini bahawa kita perlu membersihkan diri dan berpakaian yang bersih dan pakaian yang terbaik ketika menghadiri rumah Allah. Malangnya bila kita ke majlis keramaian, ke jamuan makan malam, bekerja, kita berpakaian khas, tetapi untuk solat tidak pula begitu.

Realiti hari ini kita sedar, kita kebanyakannya bekerja, oleh itu semestilah kita bersedia lebih awal, sebelum keluar bekerja, mandilah sunat jumaat dan mengenakan pakaian yang terbaik dan dan bersih.
Sidang jumaat yang dimuliakan,
Bersegeralah untuk menghadiri jumaat adalah tuntutan Allah, firman Allah dalam surah Al-Jumaat ayat 9 yang bermaksud : " Wahai orang-orang yang berfirman, apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu).''
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Sesungguhnya manusia akan duduk disisi Allah azzawajalla pada hari qiamat mengikut qadar (cepat dan lambatnya mereka) pergi menghadiri jumaat "
Sepatutnya pada hari jumaat ini, kita mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum datang ke masjid supaya bersedia dan bersegera untuk mendengar khutbah, apa yang berlaku sebaliknya menjadikan waktu khutbah sebagai waktu tidur, malah berdengkur yang lazat. Sedangkan firman Allah dalam surah Al-Jumaat ayat 9 :
Yang bermaksud : ".Maka hendaklah kamu segera mengingati Allah (zikir Allah)"zikir Allah disini bermaksud khutbah – bersegeralah mendengar khutbah, kerana nabi s.a.w. tidak pernah meninggalkan khutbah jumaat, baginda bersabda : yang bemaksud ; sembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku bersembahyang. Umar r.a. berkata, maksudnya pendekkanlah solat jumaat kerana azan khutbah. Begitu juga Aisyah r.a. juga berpendapat demikian. Saad bin Jabar berkata yang bermaksud adalah jumaat itu empat rakaat, maka jadikanlah khutbah ditempat dua rakaat.''
Sidang jumaat yang berbahagia,
Kita menggalakkan peniaga-peniaga warung makanan membantu jemaah untuk makan, minum dan sebagainya, tetapi diharapkan apabila masuk waktu jumaat, hentikanlah perniagaan buat sementara waktu dan beruntung serta berkatalah perniagaan mereka jika mereka menjaga adab-adab ini.
Adalah sangat mendukacitakan dan sangat memalukan dikalangan umat Islam masih berada diwarung-warung dan di restoran-restoran makanan ketika khutbah disampaikan, berdosalah mereka yang tidak mendengar khutbah, apatahlagi tidak menunaikan jumaat, pemilik-pemilik warung juga berdosa, kerana membuka kedai ketika azan jumaat telah dikumandangkan. Khatib mengingatkan kepada pengusaha-pengusaha kedai makanan yang Islam agar menutup perniagaan mereka beberapa minit sebelum azan dikumandangkan. Bukankah Allah berfirman dalam surah Al-Jumaat ayat 9 yang bermaksud
" Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan (bang) untuk untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) ".
Dalam satu riwayat, ketika Rasulullah berkhutbah pada hari jumaat, datanglah khafilah membawa dagangan dari Syam, orang yang sedang mendengar khutbah keluar menyambut rombongan khafilah itu sehingga tinggalkanlah 12 orang sahaja yang mendengar khutbah Rasulullah, lalu Allah turunkan surah Al-Jumaat ayat 11

Maksudnya : " Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai, (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas minbar berkhutbah), katakanlah (wahai Muhammad – pahala – balasan ) yang ada disisi Allah, lebih dari hiburan dan barang-barang dagangan itu, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki "
Ayat ini menegaskan apa yang ada disisi Allah jauh lebih baik dari apa yang ada dalam perniagaan, apa gunanya untung sedikit di dunia – rugi besar di akhirat.
Sidang jumaat yang dimuliakan,
Ada sebahagian daripada umat Islam yang telah diberikan kebenaran oleh majikan mereka untuk menunaikan solat jumaat tetapi sayangnya masa itu digunakan untuk tugas-tugas yang lain seperti membeli-belah, berehat di rumah atau tidur. Hal seperti ini adalah sangat merugikan, kerana dia telah membohongi diri sendiri.
Kaum muslimin yang berbahagia,
Apabila solat jumaat selesai ditunaikan, para jemaah hendaklah bersabar sebentar untuk meaminkan doa-doa yang dibaca oleh imam. Sering berlaku jemaah tidak sabar, meninggalkan masjid sebelum berdoa, mereka sanggup melintasi jemaah yang masih sembahyang sunat. Sesungguhnya melintasi di hadapan orang yang sedang sembahyang adalah haram dan berdosa.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita tunaikan solat jumaat itu dengan sebaik-baiknya serta hayatilah khutbah yang diberikan sekurang-kurangnya ia akan memberikan suatu keinsafan dan kesedaran kepada kita dalam mengharungi kehidupan yang masih jauh penghujungnya.
Apa komen pembaca tentang topik yang dikemukakan? Berilah teguran kerana saya budak baru belajar ...

Subscribe to:
Posts (Atom)