Monday, February 11, 2008

MEROKOK MEMBUNUH

Statistik menunjukkan hasil penjualan rokok di negara ini sentiasa meningkat dari tahun ke setahun.Jumlah orang yang mati akibat merokok juga meningkat pada masa yang bersamaan. Ini bererti semakin meningkat hasil jualan rokok semakin meningkat pula orang yang mati kerana merokok. Menurut satu kajian ke atas 1,171 murid sekolah, didapati 47.6% menghisap rokok.Ini bererti pula merokok bukan sahaja popular di kalangan orang dewasa bahkan di kalangan murid-murid sekolah.
Seorang pensyarah perubatan di salah sebuah universiti di Bandung pernah menulis sesuatu yang amat berharga iaitu:
semakin banyak orang menggunakan wangnya membeli kematian
Maka di sini, pensyarah tersebut menganggap rokok adalah kematian. Beliau menambah lagi bahawa " ada pihak yang mengaut keuntungan dengan menjual kematian. Ini samalah seperti seorang pembuat keranda sentiasa berdoa agar ada orang mati untuk dia mengambil upah membuat keranda.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia, didapati faktor utama yang membantu peningkatan jumlah perokok adalah pengikalanan oleh media massa samada yang bertulis mahu pun media elektronik.

Apakah pendapat anda berhubung dengan tabiat merokok di kalangan remaja terutama pelajar sekolah? Wajarkah DIHARAMKAN TERUS PENJUALAN ROKOK DI NEGARA INI?
Ingin Menjadi Superhero? Klik Disini!