Tuesday, February 19, 2008

PILIHANRAYA MALAYSIA

PILIHANRAYA DATANG LAGI! Ni yang seronok. Tau kenapa seronok? Sekarang la kita boleh nampak sapa ada iman ke tak dak iman...

Terkejut...terkejut. SUATU KENYATAAN YANG KELUAR DARI MULUT SEORANG PEMIMPIN BESAR NEGARA...DIA SAMAKAN MANUSIA DENGAN BINATANG... BOLEH KA MACAM TU...Saya ni nak tau jugak la.

Saya nak cari la AYAT QURAN atau HADIS atau apa-apa aje yang menyentuh perkara ini. Bila mai pilihanraya semua jadi kalut. Kadang-kadang bimbing jug..takut jadi macam negara luar.. pilihanraya hancur.Pemimpin bertelagah. Rakyat haru biru dan jadi mangsa keghairahan ahli politik. Negara dah merdeka 50 tahun pastinya menjadikan kita matang dalam pemikiran, pentadbiran dan segalanya.

Tapi, rasa lega bila baca berita hari ini ....

PARIT: Umno tidak akan menggunakan pendekatan maki hamun atau mencaci ahli dan pemimpin parti lawan untuk meraih sokongan pada pilihan raya umum kali ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden Umno berkata, parti itu tetap menghormati mana-mana pemimpin, sekalipun pemimpin pembangkang dan bukan cara Umno untuk meraih sokongan melalui maki hamun.

"Kita mentadbir negara berdasarkan trek rekod kita, dasar serta program dan prinsip mengikut etika dalam politik kita," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit di sini, semalam.

Beliau berkata, Umno tetap berpegang teguh dengan dasar perjuangan dan ideologi yang jauh lebih baik dan murni daripada apa dikatakan pembangkang.

Dilihat dari pernyataan itu, sedap lah sikit hati. Bak kata orang tua-tua, bercakap biarlah bertimbang-timbang... nanti kalau dah panas kan susah. Api lawannya air. Kalau api disiram minyak (minyak petrol mahal), maraklah ia membakar ketengangan dan kedamaian negara. Kita dah dikejutkan dengan pelbagai peristiwa hitam pada tahun 2007. Biarlah peristiwa itu berkubur dalam lipatan sejarah negara.