Showing posts with label Manchester United. Show all posts
Showing posts with label Manchester United. Show all posts

Friday, December 2, 2011

CHELSEA 2011/2012

Anak saya cukup minat dengan kelab bolasepak CHELSEA!!! Tapi, sejak kebelakangan ini, permainannya tidak begitu memberangsangkan.. Asyik-asyik KALAH saja. Entah mana silapnya. Dengan LIVERPOOL sudah dua kali kalah. Itu hari dalam BPL (Barclays Premier League) pun CHELSEA kalah dan Carling Cup pun kalah juga.... Nak hanyut lah coach tu kali ini....

Disini ditampalkan petikan berita dari web CHELSEAfc.com. Boleh lah baca sikit kat sini...

VILLAS-BOAS: AWAY THE LADS

Posted on: Thu 01 Dec 2011

Chelsea play a league away game for the first time in a month this weekend and the Newcastle match is one Andre Villas-Boas labels 'an excellent challenge'.

Squad news

Two players are unavailable for the visit to the north-east. Michael Essien continues his long-term rehabilitation from knee surgery and Josh McEachran, who suffered an ankle injury that forced him off during Tuesday's game against Newcastle, is also out. Andre Villas-Boas estimates McEachran will return within the next fortnight.


On facing Newcastle

Villas-Boas predicts that the form Saturday's opponents have shown so far, placing them fourth in the league table, one place and one point ahead of Chelsea, will not desert them as the season progresses.


The Chelsea boss also speaks highly of the work Alan Pardew, who took over the reins at St James' Park 12 months ago, has done so far. 'Saturday is an away game against a team that is surprising everybody and for sure will continue to surprise,' Villas-Boas says. 'Pardew has set an excellent standard and he has brought some stability to Newcastle, in the sense of serenity to a football club that in the last couple of years was a little bit in turmoil. Plus there is a city behind the football club and there is a sense of empathy between the city and the football club. 'Newcastle went on a fantastic run earlier this season and they gained confidence to continue. They will be fully motivated so it is an excellent challenge for us.'




In other news

The recent run of three defeats in four home matches in all competitions has put Chelsea's performances at Stamford Bridge under the microscope. We will be tested on opposition soil this weekend and although the team is currently averaging marginally more league points at home than away from home, Villas-Boas has discussed why at times he sees displays on the road more to his liking.


'In terms of performance, we have had some good matches away from home. In terms of focus and concentration we have been doing well. 'Away from home there is more tension in those games and less relaxation and sometimes extra tension can make you more concentrated and it might help you in your performances. That might be the reason but it might not be that. 'In the games away from home we have shown more quality, more focus, and we were able to perform a bit better. 'Our form against the top teams has not been good enough. From the top teams at the moment we have not yet played three of them so that still might give us a chance. 'December is pure Premier League - three games at home and three games away,' he listed, 'and December can be decisive for any Premier League team. 'It is not at crisis point for us. We just have to pull ourselves together and can only continue with our hard work and believe we are going to reverse the situation.'

Torres pun masuk lambat - macam mana nak score???

Kalau boleh biarlah TORRES main awal sikit (minit ke 50..), baru cantik. Ini main dah dekat nak habis, macam mana dia nak perform... Apa planning VILLAS-BOAS??? Tak tau la.. Kalau kalah lagi perlawanan dengan NEWCASTLE pada hari Sabtu ini, susahlah nak fight placing dengan team lain. Silap-silap nak jadi top-4 pun payah..
Ada JUAN MATA bolehlah power sikit bahagian midfield.
Kena ada dua tiga orang lagi macam MATA, barulah CHELSEA boleh bersaing dengan pasukan lain terutamanya MANCHESTER CITY yang masih gagah di tempat pertama BPL.

NICHOLAS ANELKA pun jarang dapat main sekarang!

Kehadiran ANELKA dalam sesuatu perlawanan penting, kadang-kadang membawa tuah kepada CHELSEA. Bekas penyerang Perancis ini mempunyai skill tersendiri dan 1st class speeding. Namun, apabila tidak disenaraikan dalam sesebuah perlawanan, ianya MENGHAIRANKAN


DAVID LUIZ pun main cantik, tetapi kadang-kadang tinggal tempat

Friday, April 2, 2010

BARCLAYS PREMIER LEAGUE- RESULT

Kebanyakan pasukan menepati ramalan dalam perlawanan minggu lepas (27th-29th Mac 2010).

Keputusan perlawanan:

1. Birmingham City (1) lwn Arsenal (1) -Seri (Ramalan: Arsenal menang)
2. Chelsea (7) lwn Aston Villa (1) - (Ramalan; Chelsea menang)
3. Hull City (2) lwn Fulham (0) - (Tiada ramalan)
4. Tottenham Hotspurs (2) lwn Portsmouth (0) (Ramalan: Tottenham menang)
5. West Ham United (0) lwn Stoke City (1) - (Tiada ramalan)
6. Wolverhampton (0) lwn Everton (0) - (Tiada ramalan)
7. Bolton Wanderers (0) lwn Man U (4)- (Ramalan: MU menang)
8. Burnley (0) lwn Blackburn Rovers (1)- (Tiada ramalan)
9. Liverpool (3) lwbn Sunderland (0) - (Tiada ramalan)
10. Manchester City (3) lwn Wigan Athletic (0) - (Ramalan:Man. City menang)



Thursday, March 25, 2010

MU , ARSENAL ATAU CHELSEA?

Kedudukan pasukan dalam Barclays Premier League 2009/2010 di England sehingga setakat 25 Mac 2010:

1. MANCHESTER UNITED (MU)- 31 (Main)- 69 mata
2. CHELSEA (CHE)- 31 (Main)- 68 mata
3. ARSENAL (ARS)- 31 (Main)- 67 mata
4. TOTTENHAM (TOT)- 30 (Main)- 55 mata
5. MANCHESTER CITY (MC)- 30 (Main)- 53 mata
6. LIVERPOOL (LIV)- 31 (Main)- 51 mata
7. ASTON VILLA (AST)- 30 (Main)- 51 mata
8. EVERTON (EVE)- 31 (Main)- 48 mata
9. BIRMINGHAM (BIR)- 31 (Main)- 44 mata
10. FULHAM (FUL)- 30 (Main)- 38 mata

Dari 10 pasukan yang tersenarai di atas, ternyata pasukan yang mengungguli carta di atas ialah pertama Manchester United(69 mata), kedua Chelsea (68 mata), ketiga Arsenal (67 mata), keempat Tottenham Hotspurs (55 mata) dan kelima Manchester City (53 mata).

Bintang Chelsea,DROGBA dan MALOUDA meraikan jaringan


Untuk mencari JUARA, mari kita lihat jadual perlawanan bagi 5 pasukan teratas:

1.MANCHESTER UNITED:
* 27 Mac - Bolton(14th) (TL)- Menang (3 points)
* 03 Apr - Chelsea(2nd) (TS)- Seri ( 1 point)
* 11 Apr - Blackburn(11th) (TL)- Menang (3 points)
* 17 Apr - Man.City(5th) (TL)- Kalah (0 point)
* 24 Apr - Tottenham(4th) (TS)- Seri (1 point)
* 01 May - Sunderland(13th) (TL)- Menang (3 points)
* 09 May - Stoke City (12th)(TS)- Menang (3 points)
JUMLAH KESELURUHAN : 14 points (campur 69 points) = 83 points.
MU mengamalkan permainan keras


2.CHELSEA:
* 27 Mac - Aston Villa(7th) (TS)- Menang (3 points)
* 03 Apr - Man. United(1st) (TL)- Seri ( 1 point)
* 13 Apr - Bolton(14th) (TS)- Menang (3 points)
* 17 Apr - Tottenham(4th) (TL)- Seri (1 point)
* 25 Apr - Stoke City(12th) (TS)- Menang (3 point)
* 01 May - Liverpool(6th) (TL)- Menang (3 points)
* 09 May - Wigan (16th)(TS)- Menang (3 points)
JUMLAH KESELURUHAN : 17 points (campur 68 points) = 85 points.
Pemain CHELSEA meraikan jaringan


3.ARSENAL:
* 27 Mac - Birmingham(9th) (TL)- Menang (3 points)
* 03 Apr - Wolverhampton(15th) (TS)- Menang ( 3 points)
* 10 Apr - Tottenham(4th) (TL)- Kalah (0 point)
* 18 Apr - Wigan(16th) (TL)- Menang (3 points)
* 24 Apr - Man.City(5th) (TS)- Seri (1 point)
* 01 May - Blackburn(11th) (TL)- seri (1 point)
* 09 May - Fulham (10th) (TS)- Menang (3 points)
JUMLAH KESELURUHAN : 14 points (campur 67 points) = 81 points.
Valon Behrami (West Ham United) bercakaran dengan Cesc Fabregas dari Arsenal


4.TOTTENHAM HOTSPURS:
* 27 Mac - Portsmouth (20th) (TS)- Menang (3 points)
* 03 Apr - Sunderland(13th) (TL)- Menang ( 3 points)
* 10 Apr - Arsenal (3rd) (TS)- Menang (3 points)
* 17 Apr - Chelsea(2nd) (TS)- Seri (1 point)
* 24 Apr - Man.Utd(1st) (TL)- Seri (1 point)
* 01 May - Bolton(14th) (TS)- Menang (3 points)
* 09 May - Burnley (18th) (TL)- Menang (3 points)
JUMLAH KESELURUHAN : 17 points (campur 55 points) = 72 points.
Jermain Defoe , penjaring Tottenham Hotspurs yang perlu dfikawal ketat


5.MANCHESTER CITY:
* 29 Mac - Wigan(16th) (TS)- Menang (3 points)
* 03 Apr - Burnley(18th) (TL)- Menang ( 3 points)
* 11 Apr - Birmingham(9th) (TS)- Seri (1 points)
* 17 Apr - Man. United(1st) (TS)- Menang (3 points)
* 24 Apr - Arsenal(3rd) (TL)- Kalah (0 point)
* 01 May - Aston Villa(7th) (TS)- Seri (1 point)
* 09 May - West Ham (17th) (TL)- Menang (3 points)
JUMLAH KESELURUHAN : 14 points (campur 55 points) = 69 points.
Bintang sensasi Manchester City, CARLOS TEVES mampu meranapkan impian lawan


Berdasarkan statistik (andaian) yang dikemukakan, didapati sehingga akhir pertandingan BPL 2009/2010 (09 Mei 2010), maka jumlah mata yang dikumpulkan bagi 5 pasukan teratas iailah:

1. MANCHESTER UNITED - 83 mata
2. CHELSEA - 85 mata
3. ARSENAL - 81 mata
4. TOTTENHAM HOTSPURS - 72 mata
5. MANCHESTER CITY - 69 mata

Secara keseluruhannya, bermakna teori yang dinyatakan oleh pengurus Chelsea iaitu CARLO ANCHELOTTI pasukan yang menjadi juara akan mengumpulkan sebanyak 86 mata. Jadi, tidak keterlaluan, jika dinyatakan bahawa CHELSEA akan menjadi JUARA BPL 2009/2010. Betul ke tak betul? Tak percaya???

Apa yang perlu CHELSEA lakukan ialah "always keep on the track" dan "make sure everything complete and perfect". "Your success will come, if you really not waste or lost any point in every game". CHELSEA CAN DO IT! CHELSEA BOLEH!!!

Bacaan tambahan:
Barclays Premier League
Info sukan
CikgudeeCorner.com
Extra-Income.com
http://www.emailcashpro.com

Tuesday, February 2, 2010

FERGUSON SUDAH NYANYUK!

Apa sudah jadi dengan si pengurus tua, Manchester United yang mencabar Arsenal untuk bangkit dan mengalahkan CHELSEA dalam perlawanan yang bakl menjelang pada hujung minggu nanti. Nampak betul betapa gelojoh nya si tua bangka ini. Terlampau hendakkan gelaran juara sanggup merayu-rayu pula pada Arsenal yang mereka pukul 3-1 pada perlawanan yang lepas. Oleh kerana, sudah tidak terkejar CHELSEA yang masih kekurangan 1 perlawanan, maka digunakan taktik macam ini pulak. Selekeh betul..

Kemenangan Manchester United di tangan Arsenal lebih kepada nasib, kerana Arsenal sebenarnya memperolehi banyak peluang di depan gol, tetapi disia-siakan. Sekiranya Arsenal berjaya menjaringkann gol awal, sudah pasti Manchester United menggigit jari lagi. Pemain-pemain muda Arsenal pada malam itu gagal menyaingi pemain-pemain "kuda tua" Manchester United. Kemenangan Manchester United bukann kerana kehebatan atau kekuatan, cuma pihak lawan gagal memanfaatkan peluang. Permainan Manchester United biasa sahaja, dan jaringan awal biasanya menjadikan pemain-pemainya hilang arah. Mereka akan menjadi angkuh dan sombong jika berjaya menjaringkan gol terlebih dahulu. Jadi, setiap lawan yang akan menentang pasukan Manchester United perlu berhati-hati dan jaringkan gol seawal mungkin. Ini akan dilakukan oleh CHELSEA.

Sunday, January 10, 2010

MALANG LAGI MANCHESTER UNITED

MANCHESTER UNITED- SERI PULAK!!!

Hari ini saya sangat gembira..Sangat..Sangat..GEMBIRA!Hendak tahu, kenapa?? Hendak tahu, bacalah ayat-ayat yang saya karang ni.
Pertamanya, keranaCHELSEA pasukan kegemaran saya, tidak jadi bermain menentang HULL kerana salji tebal yang melanda stdium HULL.Mungkin peminat-peminat akan marah apabila CHELSEA tidak bermain. Suatu kebaikan kerana 3 tonggak CHELSEA tidak ada dalam team kerana bermain untuk Piala Negara-Negara Afrika.

Dalam keadaan ini, sekurang-kurangnya dapatlah pemain-pemain yang cedera seperti ANELKA berehat panjang untuk kembali cergas. Sejak Hari Krismas, kebanyakan pasukan melalui pertandingan yang panjang, iaitu 2 perlawanan dalam masa 3 hari.

Lihat petikan:
The 29 years old striker will be returning in the Chelsea after recovering from calf injury. He will be returning as the top striker after the departed Didier Drogba and his african colleague towards their African Cup. The joy added with the returning of Florent Malouda after match ban from the previous game.
Reluctantly, both strikers may be paired as the Chelsea offensive stance in facing Watford tonight. A win from the side will be a boost in acquiring their title in the Premier League in the coming match against Hull City in the away game at Kingston Comms Stadium.

Keduanya, ARSENAL telah SERI 2-2 dengan EVERTON. Dengan keputusan ini, bermakna harapan ARSENAL untuk mengejar CHELSEA adalah agak jauh, iaitu 3 mata di belakang CHELSEA dengan masing-masing menamatkan 20 perlawanan.

Adalah menjadi harapan, agar CHELSEA dapat memenangi perlawanan menentang SUNDERLAND pada 16 Januari 2010 di Stamfor Bridge.

JADUAL PERLAWANAN SEHINGGA 17 JANUARI 2010

<
TARIKHPASUKANMASA
16 Januari 2010Chelsea lwn Sunderland15:00
16 Januari 2010Manchester United lwn Burnley15:00
16 Januari 2010Totenham lwn Hull15:00
16 Januari 2010Everton lwn Manchester City17:30
17 Januari 2010Bolton lwn Arsenal16:00

Monday, January 4, 2010

APA SUDAH JADI?

MANCHESTER UNITED KALAH LAGI!!!"

MANCHESTER UNITED menerima nasib malang lagi dalam perlawanan bolasepak PIALA FA menentang pasukan Division Satu LEEDS UNITED. Kalah di gelanggan sendiri dengan jaringan 1-0 - AMAT MEMEDIHKAN. Berlainan pula dengan cerita CHELSEA menang BERGAYA ke atas WATFORD dengan jaringan besar iaitu 5-0. Inilah rezeki bagi orang yang "low profile" macam Ancelotti yang tidak bercakap besar macam Si Alex Ferguson manager MU.

Jaringan gol pada minit ke-19 oleh JERMAINE BECKFORD penyerang berumur 26 tahun kelahiran London, yang tinggi lampai selepas berjaya memperdayakan WESLEY BROWN, pertahanan MU ( yang pernah ddah ikatakan "amat bagus" oleh Alex Ferguson), telah benar-benar merobek hati dan perasaan peminat MU.

MU yang tetekan terus menggasak kubu lawan, tetapi pertahanan LEEDS yang begitu kental untuk ditembusi terutamanya CASPER ANKERGREN penjaga gol warga Denmark yang cukup berpengalaman. LEEDS tidak sekadar bertahan tetapi melakukan beberapa "counter-attack" yang mencemaskan kubu MU. Suatu ketika, WESLEY BROWN bertindak kasar ke atas penyerang LEEDS sehingga dilayangkan kad kuning pada minit ke-36, dikuti oleh DARRON GIBSON pada minit ke-53. Ini jelas menampakkan kekeciwaan dan tekanan kepada pemain MU yang selama ini amat berbangga dengan "pencapaian berganda" sehingga ada seorang peminat MU pernah berkata yang MU sudah jemu dengan piala.


Permainan menjadi agak tegang apabila pemain-pemain (kebanyakannya pemain MU) yang sering mempersoalkan keputusan pengadil perlawanan. Namun, keadaan masih terkawal. Kesukaran menghasilkan jaringan, membuatkan MU melakukan dua pertukaran serentak dengan mengeluarkanD.WELBECKuntuk digantikan dengan L.VALENCIA dan RYAN GIGGS menggantikan G.OBERTAN pada minit ke-57. Kemudiannya, pada minit ke-69, pemain tengah yang tidak pernah "manis" iaitu, ANDERSON digantikan oleh MICHAEL OWEN pada minit ke-69.

LEEDS UNITED juga membuat pertukaran pemain dengan mengeluarkan J.HOWSON digantikan dengan R.SNODGRASS; L.MICHALIK ganti L.BECCHIO dan A.HUGHES digantikan oleh A.WHITE.

Pada keseluruhan permainan ini, memperlihatkan kegagalan penyerang-penyerang MU yang dibarisi oleh WAYNE ROONEY, DIMITIAR BERBATOV, D.WELBECK dan G.OBERTAN membuat penyudahan yang kemas.

MANCHESTER UNITED"mempunyai tugasan yang berat untuk berdepan dengan MANCHESTER CITY dalam perlawanan PIALA LIGA yang akan dijalankan pada 07 Januari 2010 di tempat lawan. Perlawanan ini sememangnya dinanti-nantikan oleh semua peminat bola sepak England di seluruh dunia. APAKAH MANCHESTER UNITED AKAN BERNASIB MALANG LAGI???

Bacaan Tambahan
Write about affiliate program,make money online and online marketing


Lihat Keputusan FA Cup

Saturday, January 2, 2010

KESOMBONGAN ROONEY

Penyerang Manchester United, WAYNE ROONEY percaya dia akan dapat mengatasi jumlah jaringan terbaiknya pada satu musim. Rooney menyatakan bahawa dia mampu mengatasi rekod yang dicatat pada musim 2006-2007 iaitu 23 gol untuk MU. Itu musim CHRISTIANO RONALDO masih ada di Old Trafford. Sekarang, ada Berbatov dan Owen. Dulu, Ronaldo banyak memberi ruang dan mengumpan kepada Rooney untuk menjaringkan gol. Dalam setiap perlawanan, ramai pemain pertahanan lawan yang “mengepung” dan mengawal ketat Ronaldo, hingga memberikan Rooney ruang untuk jaringkan gol.


Rooney berkata: ”Itu sasaran saya.Jika saya tidak menjaringkan 8 gol di antara sekarang hingga hujung musim, sudah tentu ada yang tidak kena.”


Si Alex Fergusson pun komen:
”Tenaga yang ditunjukkannya, keinginan kuat untuk menang, memang menakjubkan. Lebih penting, aksi berpasukan juga memuaskan. Separuh kedua musim biasanya tempoh apabila pengalaman jadi faktor penting dan kami jelas memilikinya..”


Lihatlah ayat yang dituturkan, nampak jelas KEANGKUHAN dan KESOMBONGAN SI TUA NI... Chelsea jangan beri peluang. 2010 Chelsea Champion
JOSE MOURINHO pun letak CHELSEA sebagai pilihan untuk juara EPL 2010.

Thursday, December 31, 2009

MANCHESTER UNITED MENGGANAS!

Penutup tirai 2009, menampakkan KEGANASAN kelab bola sepak Manchester United (MU) membaham pasukan Wigan Athletic dengan jaringan 5-0 di gelanggang sendiri pada jam 3.40 pagi 31 Disember 2009. (Itu yang tak berapa hairan sangat). Keputusan ini nampaknya berjaya mengembalikan KESOMBONGAN, KEEGOAN dan KEBONGKAKAN pemain-pemain dan pegawai pasukan MU. Yang lebih lagi mestilah Si Alex Ferguson(memang sengaja letak Si bukan SIR...). Dia mesti cakap, MU main baik punya. (Tak sedar pasukan Wigan tu team belasahan). Dari segi kedudukan mata, MU sudah dapat 43 mata iaitu kurang 2 mata di belakang CHELSEA (gua punya team) yang mengumpul sebanyak 45 mata selepas perlawanan menentang FULHAM


Jaringan gol Manchester United ialah:

    Pemain(MInit) WAYNE ROONEY(28) MICHAEL CARRICK(31) RAFAEL DE SELVA(44) DIMITAR BERBATOV(50) ANTONIO VALENCIA(75)
Bilangan penonton ialah 74,560 orang. (Kalau dapat "invite" masuk Facebook kan best..)

ARSENAL pula tidak kurang hebatnya apabila berjaya membelasah PORTSMOUTH dengan jaring 4-1 di gelanggang lawan.

Keadaan begini sedikit-sebanyak akan menggugat kedudukan CHELSEA di takhta liga EPL menjelang 2010 nanti. CHELSEA akan menentang pasukan HULL CITY pada 9th. Januari 2010 di Kingston Comms Stadium. (Main di tempat lawan ni tak best...)Harap-harap boleh menang, walau pun tanpa "top scores" setakat ini- 14 gol, iaitu Didier Drogba yang bermain untuk negaranya dalam Piala Negara-Negara Afrika.CHELSEA masih boleh bergantung kepada pemain-pemain yang lain. Paling penting sekali, moga Carlo Ancelotti dapat merencana suatu sistem permainan yang mampu menggugat pertahanan lawan di samping boleh mempertahankan kubu sendiri. Barisan "midfield" pasukan CHELSEA mestilah dibarisi dengan pemain yang "The Best Among The Best" - antaranya Deco, Assien, Ballack, Lampard .

KEPUTUSAN 10 PASUKAN TERATAS (Sehingga 31st. Dis 2009:

PASUKANMATA
Chelsea45
Manchester United43
Arsenal41
Totenham Hotspurs37
Manchester City35
Aston Villa35
Liverpool33
Birmingham32
Fulham27
Sunderland23

JADUAL PERLAWANAN
TARIKHPERLAWANANMASA
09 Januari 2010HULL CITY vs CHELSEA12:45
09 Januari 2010ARSENAL vs EVERTON15:00
09 Januari 2010BIRMINGHAM CITY vs MANCHESTER UNITED17:30
PREMIER LEAGUE

Tuesday, December 22, 2009

MANCHESTER UNITED KALAH!


Betul-betul terkejut dan teruja bila Manchester United (MU) kalah lagi. Baru beberapa hari dulu kalah dengan ASTON VILA, kemudian minggu ini kalah pula dengan 3-0 FULHAM. Apa kata Sir Alex Ferguson bila kalah...
United kini bergelut menangani senarai kecederaan yang semakin panjang sehingga mereka tidak mampu menurunkan pemain pertahanan senior sejak beberapa minggu lalu, menyaksikan pasukan berdepan dengan senario terdesak...

Sebenarnya, semua orang tahu (termasuk penyokongnya)bahawa MU tidak segagah dahulu lagi. Pemergian Christino Ronaldo ke kelab REAL MADRID cukup "menyiat" hati si Uncle Alex. Tapi, kerana "kesombongan" si Uncle Alex tetap menyembunyikan perasaannya. Memang dasar orang ego, sudah pasti tidak mengakui kegagahan dan kelebihan orang lain. Saya tidak menganggap si Uncle ini seorang jurulatih yang baik. Seorang jurulatih yang baik, perlu ada emosi yang baik juga. Menghargai orang lain adalah suatu yang paling sukar dilakukan oleh Alex Ferguson. Yang jelasnya, semasa Ronie dilantik sebagai Ketua Pasukan England dalam suatu "international friendly", si tua ini mengatakan bahawa Ronie belum layak dilantik sebagai Ketua Pasukan. Apakah Ronie tidak berkecil hati dengan kritikan ini?
Keywordspy




Berdasarkan carta liga pada minggu ini,didapati:
1. Chelsea - 41 mata
2. Manchester United - 37 mata
3. Arsenal - 35 mata
4. Aston Villa - 35 mata
5. Totenham Hotspurs - 33 mata
6. Manchester City - 29 mata

Minggu depan, MU akan menentang Hull City di tempat lawan, pada 27 Disember 2009
Sebagai CHELSEA FAN, diharapkan MU kalah lagi. Ini untuk menentukan kedudukan selamat CHELSEA di carta liga.

Tapi, yang tidak berapa sedap pulak CHELSEA kerap tidak menang (selalu seri) dalam perlawanan kebelakangan ini. Sepatutnya, perlawanan dengan WESTHAM UNITED telah berkesudahan seri. Tidak tahu pula di mana kesilapannya.