Showing posts with label Pendapatan Tambahan. Show all posts
Showing posts with label Pendapatan Tambahan. Show all posts

Friday, March 12, 2010

PERNIAGAAN MELALUI INTERNET.

Hari ini saya ingin memperkatakan tentang "Perniagaan Melalui Internet". Banyak perkara yang perlu difikirkan apabila bercakap fasal ini. Kadang-kadang, terasa jemu jugak, mengenangkan tiada apa yang dapat sehingga hari ini. Tapi, apabila membaca beberapa blog mereka-mereka yang berjaya, azam dan tekad berbunga kembali. Umpamanya, bila saya baca blog smartusaha, blog IrfanKhairi, saudagar.com.my, fadhighazali.com, wangcyber.com dan pelbagai lagi, maka jiwa kembali tenang. Apa yang saya ingin lakukan ialah terus menulis blog tanpa mengira sama ada ianya mendatangkan hasil kewangan atau tidak. Yang penting, pembaca akan meminati anda.


Saya mencuba suatu program menjana wang dan diharapkan akan membuahkan hasil. Terdapat banyak juga program affiliate yang saya "join" dengan matlamat ingin mencuba. Antaranya:
1.Bacaanquran2u.com
2.EmailCashpro.com
3.Onewaylinkexchange.net
4.BisnesTshirt.com
5.Panduanemel.com
6.Ebay.rahsiasifu.com
7.Rakaniaga.net
8.Sumberprodukebay
9.Kamasutra
10.AffiliateAplus.com

Anda juga mungkin meminati untuk menjana wang dari internet? Jika, jawapannya YA! marilah kita baca Internet Maketing bersama. Terdapat beberapa tip yang amat berguna untuk memulakan projek menjana wang dengan internet.
Di sini ialah Tip membuat pelawat kembali ke blog anda.

Suatu perkara yang menguntungkan ialah menyertai program afiliate anjuran mana-mana pihak adalah mudah dan lazimnya percuma!. (Sebahagiannya telah saya nyatakan di atas). Kaedah ini ialah membantu pemilik program affiliate memasarkan produk mereka di blog anda dan anda diberikan komisyen apabila ada "klik" dan pembelian. (ini akan dibincangkan kemudian)



Kelebihan menyertai program affiliate ialah:
1. Tidak perlu menyimpan stok barangan dan segala urusan stok diuruskan oleh pemilik program affiliate.
2. Anda tidak terlibat dalam urusan pembelian dan penghantaran barangan kepada pelanggan.Anda akan dibayar komisyen



Anda juga perlu baca How to blog? Sukar memahami Bahasa Inggeris? Tak apa, cari kamus.

Program affiliate nampak seperti mudah, tetapi perlukan usaha untuk menarik pelawat membeli produk affiliate yang disertai. Anda perlu lakukan usaha memasarkan blog anda! Terdapat beberapa perkara lain yang perlu dipertimbangkan sebelum menyertai program affiliate.

1. Pilih program affiliate yang mempunyai kredibiliti, diakui ramai dan berkualiti tinggi.
2. Perlu mencari program yang memudahkan anda untuk memulakannya seperti sudah menyediakan laman web yang lengkap.
3. Pastikan kualiti produk dengan mencubanya terlebih dahulu.
4. Lihat nilai komisyen yang diberikan kepada anda. Yang penting biarlah mendapat pulangan yang berbaloi.Lihat juga tentang penawaran bonus.
5. Perhatikan juga kepada kaedah pembayaran komisyen.
Contoh: Amazon.com membayar 4 kali setahun komisyen kepada ahli-ahli program affiliate. Lain-lain contoh adalah seperti:

1. RahsiabulkSMS
2. Zerokehero.com
3. World Dating Partners
4. Webs.com
5. Teknikblog.com
6. Rahsiablog.com
7. RahsiaVokal.com
8. Perniagaan Internet.com
9. Panduan autoresponder
10.Blogsendiri.com


Tuesday, February 2, 2010

FERGUSON SUDAH NYANYUK!

Apa sudah jadi dengan si pengurus tua, Manchester United yang mencabar Arsenal untuk bangkit dan mengalahkan CHELSEA dalam perlawanan yang bakl menjelang pada hujung minggu nanti. Nampak betul betapa gelojoh nya si tua bangka ini. Terlampau hendakkan gelaran juara sanggup merayu-rayu pula pada Arsenal yang mereka pukul 3-1 pada perlawanan yang lepas. Oleh kerana, sudah tidak terkejar CHELSEA yang masih kekurangan 1 perlawanan, maka digunakan taktik macam ini pulak. Selekeh betul..

Kemenangan Manchester United di tangan Arsenal lebih kepada nasib, kerana Arsenal sebenarnya memperolehi banyak peluang di depan gol, tetapi disia-siakan. Sekiranya Arsenal berjaya menjaringkann gol awal, sudah pasti Manchester United menggigit jari lagi. Pemain-pemain muda Arsenal pada malam itu gagal menyaingi pemain-pemain "kuda tua" Manchester United. Kemenangan Manchester United bukann kerana kehebatan atau kekuatan, cuma pihak lawan gagal memanfaatkan peluang. Permainan Manchester United biasa sahaja, dan jaringan awal biasanya menjadikan pemain-pemainya hilang arah. Mereka akan menjadi angkuh dan sombong jika berjaya menjaringkan gol terlebih dahulu. Jadi, setiap lawan yang akan menentang pasukan Manchester United perlu berhati-hati dan jaringkan gol seawal mungkin. Ini akan dilakukan oleh CHELSEA.

Tuesday, January 5, 2010

MERANCANG KEWANGAN KELUARGA

Merancang kewangan keluarga
Artikel ini dikarang oleh: IZYAN LIYANA MOHD DARIF

IBU kepada empat orang cahaya mata, Fazuliana Wari Dali, 36, tidak pernah gagal daripada tanggungjawab menguruskan perbelanjaan keluarganya.

Meraih pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan lukisan, dia tahu cara yang betul menguruskan kewangan. Menyedari anak-anak semakin membesar dan sesi persekolahan juga bakal bermula tidak lama lagi, Fazuliana lebih selesa menabung untuk kegunaan pada saat diperlukan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, dia masih membeli tiga pasang seragam dan kasut sekolah untuk tiga orang anaknya yang bersekolah. Sungguhpun isu kegawatan ekonomi sudah mula diuar-uarkan, Fazuliana masih belum merancang mengurangkan perbelanjaan isi rumah dan sekolah anak-anak.

Sebaliknya, dia sentiasa menasihati anak-anak agar sentiasa menjaga perilaku supaya kelengkapan sekolah boleh digunakan sepanjang tahun. Menerusi kaedah ini, dia boleh berjimat tanpa perlu membeli baju sekolah yang baru.

“Amalan berjimat cermat ini perlu diamalkan memandangkan harga barang kini semakin naik. Memang terasa apabila melihat harga barang tidak menentu. Jika sebelum ini peruntukan RM100 dapat memenuhi troli tetapi kini untuk mendapatkan barang yang sama, saya perlu berbelanja sebanyak RM250.

“Situasi ini bukan sahaja berlaku di pasar raya besar malah perang harga juga boleh dilihat di pasar borong. Jika masalah ini berterusan saya akan mengurangkan sedikit perbelanjaan supaya peruntukan perbelanjaan yang diberi suami setiap bulan sentiasa mencukupi,” luahnya yang menjalankan perniagaan melalui Internet.

Pengalaman selama 14 tahun bekerja di bank membuatkan Fazuliana memahami cara terbaik untuk menguruskan kewangan peribadi.

Tahun ini penuh dengan berita kurang enak mengenai ekonomi dunia. Malaysia dikatakan tidak terkecuali merasai tempias itu.

Menyedari perkembangan tersebut, kerajaan menyarankan supaya masyarakat mengambil langkah berjimat cermat. Pengguna perlu hanya membeli barangan yang diperlukan bukan kerana didorong hawa nafsu.

“Benar, jika diperhatikan di Internet dan media, kebanyakan berita yang disajikan menyatakan negara kita bakal menempuh situasi ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini. Tapi, orang ramai jangan mudah panik dan bimbang kerana semuanya bergantung pada gaya hidup anda sendiri.

“Sekiranya amalan jimat cermat sudah diamalkan sejak dulu lagi dan menabung, maka isu kegawatan ekonomi bukanlah suatu masalah yang besar. Malah, tatkala krisis berlaku pun kita tidak akan terasa keperitan itu,” jelas Pengarah Urusan Life Specialist Financial Planners Sdn. Bhd., Laila Johari yang menyatakan setiap individu wajar mengamalkan sikap menabung.

Justeru, Laila menyifatkan tahun ini merupakan tahun yang paling sesuai untuk orang ramai belajar menabung.

Jika sebelum ini sejumlah wang diperuntukkan membeli barangan berjenama, melancong ke luar negara atau menikmati hidangan di restoran adalah lebih wajar kita mengubah tabiat sedemikian.

Orang ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada. Sebaik-baiknya bertukarlah membeli produk tempatan dan mengunjungi destinasi percutian dalam negara. Daripada membazirkan wang yang banyak untuk makan di luar, lebih baik sekiranya wang itu digunakan membeli bahan mentah dan makan di rumah. Dengan cara ini, sambil berjimat kita dapat meningkatkan keharmonian keluarga.
Mempunyai foto percutian yang hebat? Bolehkah ia memenangi pertandingan foto ini?

Selain menghakis sikap boros, obses menggunakan kad kredit juga harus dikawal.

Elakkan memiliki kad kredit lebih daripada satu kerana penggunaan kad kredit bakal membuatkan si pengguna terpaksa membayar hutang yang tinggi.

“Saya juga tidak bersetuju sikap pengguna yang gemar membayar hutang kad kredit sebanyak lima peratus pada setiap bulan. Hutang yang selebihnya tertunggak dan beralih pada bulan seterusnya. Semakin banyak hutang kad kredit, semakin tinggilah kadar faedahnya.

“Bagi golongan ibu bapa yang memakai kad kredit, disarankan supaya mereka menggunakan kad itu untuk hal-hal kecemasan atau kesihatan yang melibatkan ahli keluarga saja. Elakkan membeli barang menggunakan kad kredit kerana kesannya amat buruk,” ujarnya kepada Kosmo!.

FAZULIANA (tengah) sentiasa menasihati anak-anak supaya bijak menjaga kelengkapan sekolah.

Laila mengakui sistem pengurusan kewangan keluarga terletak pada kebijaksanaan isteri dalam merancang perbelanjaan setiap bulan.

Friday, November 20, 2009

MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN

PERNIAGAAN MELALUI SMS:
Saya ingin menceritakan kepada saudara/ saudari tentang apa sebenarnya
produk yang dipasarkan oleh Syarikat Hypernet Resources???

HyProBulkSMS menyediakan satu sistem SMS secara online yang cukup mudah, praktikal dan efektif. Sistem yang dikenali dengan BULK SMS ini cukup berguna kepada individu mahupun organisasi syarikat atau sesiapa sahaja yang amat memerlukan SISTEM SMS ini dalam menyampaikan pelbagai maklumat.

Sistem ini juga di sokong oleh semua syarikat utama Telekomunikasi di Malaysia dan juga beberapa syarikat telekomunikasi luar negera. Penggunaan sistem ini amat mudah dan mesra, kerana TIDAK MELIBATKAN PENGGUNAAN SEBARANG SOFTWARE, HANYA PERLU INTERNET SAHAJA.KAMI SEDIAKAN SISTEM, ANDA SEDIAKAN NOMBOR TELEFON..ITU SAHAJA!!

APAKAH KEPENTINGAN SMS ?

Sistem kami ini di gunakan dalam bentuk BULK SMS. BULK SMS ialah satu cara menghantar SMS dengan hanya sekali KLIK kepada beribu penerima dalam masa sesingkat 30saat. Menarik ya ! Satu KLIK, beribu orang menerima SMS anda ! Hanya menggunakan WEBSITE yang dihubungkan dengan internet sahaja anda boleh menghantar beribu SMS !

Umum mengetahui bahawa khidmat SMS amat penting pada hari ini. KEMAJUAN TEKNOLOGI telah memaksa ramai pihak untuk menerima dan menghantar sesuatu maklumat dalam kadar yang singkat.

Antara keperluan SMS yang selalu digunakan adalah untuk :

- Jemputan Majlis Kahwin/ Majlis Kenduri dan pelbagai lagi
- Khidmat Pelanggan seperti SMS maklumat terkini / perkembangan / promosi
- Ucapan hari perayaan
- Peringatan seperti mesyuarat
- Promosi ahli / barang / perkhidmatan
- Kegunaan untuk perniagaan MLM, Promosi Produk,Perniagaan dan banyak lagi

Anda perlu ketahui bahawa sebanyak 9.5 bilion SMS dengan purata RM5 bilion dihantar pengguna telefon bimbit di Malaysia sepanjang tahun 2004. 3.4 bilion pula direkod sehingga suku pertama tahun 2005. Satu jumlah yang begitu besar dan ia juga menunjukkan penggunaan SMS amat penting pada hari ini. Namun, adakah harga satu SMS dihantar berbaloi ? Dengan sistem BULK SMS ini, anda mampu berjimat banyak perkara….

SISTEM DAN KELEBIHAN BULK SMS

HyProBulkSMS hanya menjual ONE WAY SMS sahaja. Ini kerana 2 WAY SMS memerlukan lesen daripada kementerian dan prosesnya agak leceh. Dengan ONE WAY SMS ini anda masih lagi mampu menggunakan nya untuk menghantar SMS ke individu tertentu, rakan, saudara dan ia juga mampu di gunakan untuk pelbagai kegunaan. Hanya perlu komputer yang disambung internet , mempunyai data nombor telefon untuk dihantar, dan jumlah credit yang mencukupi . Kemudian , dengan sekali KLIK sahaja, SMS anda telah dihantar dengan pantas sekali. Anda juga boleh download cara-cara manual penggunaan sistem HyProBulkSMS ini.

Ini adalah kelebihan dan ciri-ciri BULK SMS ini :

- SMS Branding (Guna nama anda sebagai ID penghantar)
- SMS Delivery report.
- Personalized SMS
- Multilanguage SMS (Chinese text, Arabic …)
- Send Long SMS (lebih 160 patah perkataan )
- Send MMS
- Send Business Card
- Send Flash SMS / Blinking SMS
- SMS Reminder / Scheduler
- Personal Phone book
- SMS Status report and Campaign report
- Mobile number grabber (Software mengumpul nombor telefon)
-Text2Speech (Tukar ayat ke suara menggunakan MMS-WAP Push)
- Character counter

TIDAK MENGGUNAKAN SOFTWARE DAN MUDAH DIKENDALIKAN

Diatas adalah penerangan ringkas dan jelas mengenai produk
yang ditawarkan kepada anda oleh syarikat.

Cuba lawati: KLIK SINI

- Jangan Berbicara Tentang Kejayaan Jika Kita Takut Melakukan Pengorbanan -
Syed Al-Bukhari

Live Chat software
:: Jika kita rajin usaha, insyaallah rezeki akan selalu bersama kita ::

:: Jangan mudah putus asa dalam melakukan sesuatu perkara ::

:: Berjuang selagi anda mampu berjuang ::

:: Jangan terlalu mengharapkan orang lain, cuba usaha dan pastinya anda akan perolehi sesuatu yang anda impikan ::
Cuba lawati: KLIK SINI
Cuba lawati: KLIK SINI

Ingin Menjadi Superhero? Klik Disini!