Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Monday, January 16, 2012

CERITA MALAYSIA 1@Malaysian story

Hari ini- 16 Januari 2012 (Isnin)

Dalam Berita Harian - cerita malang dan menyedihkan. Ditimpa pintu pagar 200kg. Tak pasal-pasal ini satu tragedi berlaku di Kampung Dato Onn, Larkin, Johor Bahru.

Apakah ini suatu kecuaian yang akhirnya telah membunuh. Entahlah dunia hari ini. Memang betullah dikatakan dunia akhir zaman. Diberitakan bahawa mangsa adalah seorang pembantu rumah (amah) berasal daripada Indonesia berusia 50-an, sedang mencuci lantai dan tergelincir. Dalam keadaan untuk mengelakkan tergelincir, mangsa berpaut pada pintu pagar besi. Ditakdirkan ALLAH s.w.t, pintu pagar besi yang dipaut itu tumbang dan menghempap kepala dan badan mangsa. Mangsa meninggal ditempat kejadian. Majikan dan anak-anak amat bersedih kerana mangsa tidak mempunyai saudara mara dan sebatang kara.


Bacaan lanjut: BERITA HARIAN online
Reaksi:

Mencari kemewahan adalah suatu yang tidak dilarang dalam agama. Kemewahan hanya akan diperolehi melalui pendapatan tambahan atau ”side income” atau pun mungkin melalui pemasaran internet atau ”internet marketing”.

Walau bagaimanapun, kadang-kadang kemewahan yang “melimpah-ruah” pun akan mengundang sesuatu yang tidak baik. Kadang-kadang kemewahan juga akan menjadikan seseorang itu lalai dan sombong. Tragedi di atas boleh dianggap sebagai berpunca dari kemewahan. Apa tidaknya, pagar besi seberat 200kg itu hanya boleh dibina dengan adanya kemewahan. Itulah hakikat duniawi. Setiap yang terjadi ada hikmahnya.

Renung-renungkanlah!



Tajuk: Pelajar cemerlang, adik rentung

Sebuah berita bersangkutan dengan malang dan tragedi. Ini juga seperti yang dilaporkan dalam BERITA HARIAN online
.

Kegembiraan Andi Herah Andi Muddah, 19, untuk mendaftar di Kolej Perubatan MAHSA di Kota Kinabalu akhir bulan ini tidak kesampaian apabila pelajar cemerlang itu ditemui rentung bersama seorang adiknya dalam kebakaran yang memusnahkan lapan rumah di Blok 5, Kampung Titingan di sini, awal pagi semalam.


Mayat anak kedua daripada lima beradik itu ditemui rentung dalam keadaan berpelukan dengan adiknya, Andi Putri Intan, 6, dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi. Andi Herah dijadualkan melapor diri di Kolej MAHSA pada 28 Januari ini. Kebakaran itu turut menyebabkan 74 penghuni daripada 23 keluarga tinggal sehelai sepinggang.


Kebakaran itu telah memusnahkan rumah-rumah dengan begitu cepat kerana kedudukan rumah yang rapat dan struktur papan memudahkan kebakaran merebak.



Reaksi:

Sebagai manusia biasa, kita tidak punya kuasa untuk meramal apa yang bakal terjadi. Akal dan pemikiran manusia hanya mampu menzahirkan setiap kejadian selepas ianya terjadi. Lebih dari itu, adalah kekuasaan ALLAH s.w.t. Untuk itu, kita wajib pasrah menerima setiap takdir ALLAH. Sebagai manusia yang beriman dan bertaqwa, sebaik-baik perkara yang perlu sentiasa ada dalam ingatan ialah sentiasa BERSYUKUR ATAS NIKMATNYA dan bersabar apa bila menerima ujian ALLAH s.w.t.


DARIPADA Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata: Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga. Dan sesiapa yang meminta perlindungan daripada neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata: Ya Allah, selamatkanlah dia daripada neraka.”

Hadis ini sungguh besar kedudukan dan tahapnya, ia menunjukkan limpah kurnia Allah yang besar dan rahmat-Nya yang begitu luas. Orang yang memohon syurga dan meminta perlindungan daripada neraka ditetapkan syarat iaitu Islam serta benar dalam menghadapkan diri kepada Allah (at-tawajjuh).

Demikianlah, bahawa kejayaan dengan syurga dan keselamatan daripada neraka adalah tujuan yang hendak dicapai orang yang mengerjakan solat, berzakat, berpuasa, menunaikan haji, berzikir mengingati Allah dan berjihad. Untuk mencapai ke tahap itu mereka terpaksa memejam pandangan, memelihara kemaluan dan perutnya, menjaga lidah serta menahan tangannya daripada melakukan perkara terlarang. Perkara ini berterusan menjadi adat kebiasaan sehingga Allah mengampuni mereka.



DARIPADA Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata: Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga. Dan sesiapa yang meminta perlindungan daripada neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata: Ya Allah, selamatkanlah dia daripada neraka.”

Hadis ini sungguh besar kedudukan dan tahapnya, ia menunjukkan limpah kurnia Allah yang besar dan rahmat-Nya yang begitu luas. Orang yang memohon syurga dan meminta perlindungan daripada neraka ditetapkan syarat iaitu Islam serta benar dalam menghadapkan diri kepada Allah (at-tawajjuh).

Demikianlah, bahawa kejayaan dengan syurga dan keselamatan daripada neraka adalah tujuan yang hendak dicapai orang yang mengerjakan solat, berzakat, berpuasa, menunaikan haji, berzikir mengingati Allah dan berjihad. Untuk mencapai ke tahap itu mereka terpaksa memejam pandangan, memelihara kemaluan dan perutnya, menjaga lidah serta menahan tangannya daripada melakukan perkara terlarang. Perkara ini berterusan menjadi adat kebiasaan sehingga Allah mengampuni mereka.


Tajuk: BANK SUSU IBU HARAM

Majlis Fatwa memutuskan penubuhan membawa kemudaratan keturunan!

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebbangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan penubuhan bank susu ibu adalah haram kerana percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.



Reksi:

Sebenarnya, dari segi syariat agama Islam penyusuan bayi dengan susu ibu adalah suatu yang amat dituntut kerana khasiat susunya amat tinggi. Dalam konteks lain, setiap bayi yang disusukan adalah dengan sendirinya menjadi keluarga atau dipanggil ”saudara susuan” yang tidak boleh berkahwin. Ini adalah suatu perkara yang perlu dijelaskan terutamanya kepada umat Islam generasi baru. Kejahilan dalam soal penyusuan ibu akan mengundang kekecohan dan kemudaratan dalam Islam. Hari ini, kita lihat macam-macam perkara telah berlaku di kalangan umat Islam di negara ini, terutamanya isu murtad, gejala seks bebas, gejala seks sesama jenis, gay dan lesbian, dan entah apa-apa lagi. Peranan ibu bapa Melayu yang beragama Islam amat dituntut dalam persoalan ini. Banyak-banyak lah berlajar tentang ilmu agama terutamanya tentang hokum-hakam dalam perlakuan hidup seharian. Jangan main bedal saja. Moga-moga ALLAH melindungi kita dari keruntuhan dan kemaksiatan yang didorong oleh golongan golongan kafir yang pandai bermuka-muka.



Isu yang terbaru beberapa hari lalu ialah berkenaan gejala gangster di kalangan pelajar-pelajar sekolah.Gejala ini sedang berleluasa di kalangan anak-anak Melayu di sekolah atau institusi pengajian tinggi. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah untuk menyedarkan ibu bapa tentang gejala ini melalui cara berpakaian, cara bersalaman, eksesori pada anak-anak. CEGAH SEBELUM PARAH!. Jangan sampai NASI SUDAH MENJADI BUBUR

Tajuk: Jawatankuasa basmi seks songsang, bebas ditubuh.
Petikan daripada: Berita Harian -16 Januari 2012

Sebuah jawatankuasa bertindak hasil inisiatif Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia dan beberapa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru(PIBG) ditubuhkan semalam sebagai usaha mencegah dan membasmi perilaku seks songsang yang semakin menular di Malaysia.



Pembentukan jawatankuasa ini adalah bertujuan melancarkan siri jelajah ke semua sekolah di seluruh negara bagi menyemai kesedaran kepada ibu bapa mengenai gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) serta seks bebas di kalangan generasi muda khususnya pelajar-pelajar sekolah.

Langkah ini sebenarnya menuntut peranan ibu bapa dan guru dalam mencegah merebaknya budaya kuning ini ke dalam masyarakat terutamanya masyarakat Islam. Ini tambah menggerunkan kerana ada beberapa pihak yang seolah-olah menyokong aktiviti ini berlaku di negara ini. Masyarakat kafir antarabangsa sudah biasa dengan gejala ini. Cuma, ada beberapa pihak sahaja yang bersuara dan menentang, itu pun Cuma untuk tujuan-tujuan tertentu dan tidak terlalu serius lantaran menjaga masa depan politik.


Pada masa sekarang, di Malaysia sudah ada golongan yang menyuarakan agar kumpulan “laknat” ini diberi tempat. Memang betul kata ulama, DUNIA MENGHAMPIRI AKHIR ZAMAN!. Marilah kita berfikir dengan mendalam. ALLAH mengutuk sekeras-kerasnya amalan ini di kalangan umat manusia terutamanya umat Islam.Ini juga berlaku, rentetan dari KEMEWAHAN dan KEMAJUAN yang dikecapi oleh manusia. Kemewahan dan kemajuan menjadikan manusia buta hati, buta jiwa, buta agama dan buta budaya. Manusia hari ini, (terutamanya golongan kafir) boleh diibratkan sebagai haiwan. Sememangnya, haiwan tidak ada akal dan tidak tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Main bedal saja. Apa yang terlintas didepan mata, hayun saja..


Yang paling menyedihkan, ada kalangan tokoh-tokoh di negara kita yang terang-terangan menyuarakan sokongan. Manusia jenis apa? Ingatlah ALLAH melihat dan mendengar apa yang diperbuat. Jangan kita inginkan kejayaan, pangkat dan kedudukan sehingga kita membelakangkan akidah Islam. Neraka jahanamlah orang-orang seperti ini.


Reaksi:

Banyak lagi isu-isu lain yang belum selesai tentang agama Islam. Sebagai orang Islam yang beriman dan bertaqwa, kita wajar merasa sedih dan bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Isu murtad, penggunaan nama ALLAH oleh gereja, pencerobohan masjid, pembuangan bayi dan sebagainya. Umat Islam wajar bersatu untuk menampakkan kekuatan dan kesepaduan Muslim sejagat. Bukan bertelagah soal-soal kepentingan politik. Bak kata pejuang-pejuang negara, jangan kita nanti mengemis di tanah air sendiri. Sudah sampai masanya, umat Islam di seluruh Malaysia bersatu padu menjana pemikiran bagi membasmi gejala-gejala social yang sedang melanda masyarakat Islam. Bila lagi? Sedarlah! Ada golongan yang sedang menangguk di air yang keruh. Menunggu masa dan ketika.. orang yang bersuara untuk kebenaran, akhirnya dipecat. Kenapa?



Petikan dari Berita Harian -16 Januari 2012

Tajuk: Usah gadai akidah layan golongan ‘berkiblat’ nafsu


Kenyataan Mufti Selangor dan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)..berhubung desakan dua pertubuhan luar agar menghapuskan undang-undang homoseksual adalah wajar dan berani. Desakan International Bar Association’s Human Rights Institute (IBAHRI) dan Pertubuhan Progresif Gay Filipina (ProGay) adalah tindakan yang tidak dapat diterima akal. Apatah lagi, negara Malaysia mendokong Islam sebagai agama rasmi. Kedua-dua pertubuhan ini mempunyai motif jahat yang jelas untuk merancuni pemikiran rakyat agar menerima perlakuan pengamal seks songsang yang boleh dikatakan tidak diterima oleh mana-mana agama di dunia.

Kedua-dua organisasi ini mengharapkan golongan Gay tidak didiskriminasikan kerana gaya hidup mereka mahukan kenginan seks songsang dan diberikan peranan yang penting serta tidak dihina.Tuntutan kumpulan ini tidak wajar dilayan kerana bimbang gejala ini akan menular ke dalam jiwa anak muda atau remaja di Malaysia, terutamanya remaja beragama Islam.


Tidak dinafikan bahawa tuntutan-tuntutan ke arah kebebasan seperti ini didokong oleh pelbagai pertubuhan seperti Human Rights Watch yang mengeluarkan kenyataan di New York mendesak kerajaan Malaysia memansuhkan undang-undang mengharamkan hubungan sesama jenis kerana disifatkan sebagai ketinggalan zaman.

Di Malaysia, siapakah pelopornya?

Wednesday, January 6, 2010

ISU NAMA ALLAH

Ini sedutan dari akhbar Berita Harian, bertarikh 06 Januari, 2010
Tajuk:PKR setuju bukan Islam gunakan kalimah Allah.
Anggap perkembangan positif perlu diterima semua pihak.

Seorang cerdik-pandainya (entah cerdik atau tidak..), mengatakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam (senang kata kafir) adalah satu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka oleh semua pihak. Katanya lagi, jangan ada mana-mana pihak cuba mengambil kesempatan terhadap perkara itu dan men jadikan isu bagi agenda politik.

Ini bukan soal agenda politik, tapi ini soal maruah, yang berkaitan dengan kedudukan agama Islam di mata orang-orang kafir. Dulu kita dikejutkan dengan peristiwa budak-budak sekolah kafir mempersendakan sembahyang berjemaah. Apa tindakan kita terhadap peristiwa ini. Dulu-dulu, beberapa tahun lampau (dah tak ingat) kita terduduk dengan kes Lina Joy. Banyak lagi kes-kes yang kita perlu selak semula tabirnya... Kita gagal menanganinya, lantas mereka MENCABAR lagi...

Saya bawa satu sedutan dari blog Selangor2u.com:


Definition of Allah:

"Allah adalah perkataan Dalam bahasa arab dan merujuk kepada "the only one,absolute worthy of worship.No partner,No father and no Son, no holy ghost.The Only Absolute One,not 2 in 1, not 3 in 1 but absolute one!There is none worthy of worship except Allah,the creator of heaven and earth and the universe.No one like Him and we cannot take anyone, anything to be a par or same with Him.He is the most powerful with all His beautiful attributes.And He sent down all of the prophets from Adam a.s to Jesus a.s and to the last and final messenger Muhammad s.a.w(peace be upon them all) that bring the same message, that is to call people to worship the only One and Powerful God,the creator of heaven and earth without associate Him with any partner.To Him we,*Islam summit ourself and to Him shall we return..Moses never call people to worship trinity God,human being,animal,sun,moon but the most forgiveness God,the Only ONE and he is *Islam.And for muslim they worship and summited them self to this God call Allah in Arabic."

KLIK

Dan secara rumusannya perkataan Allah dalam bahasa Arab memang panjang dan merangkumi semua aspek yang telah diterangkan diatas iaitu Tuhan Yang SATU dan layak disembah dan inilah Tuhan yang disembah oleh penganut Islam iaitu Muslim 5 kali sehari.

Bagi Kristian Tuhan mereka adalah satu tetapi gabungan antara father,son and holy ghost(3 in 1).Oleh itu perkataan Allah tidak sesekali BOLEH digunakan oleh mereka sebagai nama ganti tuhan mereka kerana tidak menepati definisi bagi perkataan Allah itu sendiri iaitu perkataan dalam bahasa Arab yang telah diterangkan seperti diatas.Dan perkataan Allah tidak boleh ditambah 's' dibelakangnya menjadi Allahs tidak seperti perkataan God boleh dipluralkan menjadi Gods.

Dan bagi Kristian digalakkan untuk mereka menggunakan perkataan "Trinity God" atau "tuhan 3 dalam 1" yang lebih menepati kepercayaan mereka sendiri dan bukannya menggunakan perkataan Allah yang hanya layak diguanakan oleh Muslim dan orang Islam.Dan ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan dan kekeliruan antara penganut Islam dan Kristian apabila Kristian menyalahgunakan perkataan Allah dimana perkataan Allah itu mempunyai definisinya yang tersendiri dan Allah bukanlah Tuhan yang disembah oleh penganut Kristian mengikut kepercayaan mereka.Tetapi Bagi Muslim memang Allah lah Tuhan yang disembah oleh mereka sesuai dengan definisi perkataan Allah.Oleh itu untuk mengelakkan kekeliruan dan penyalahgunaan perkataan pada tempatnya, maka dimintak usul ini diusulkan kepada Hakim yang tidak tahu asal usul untuk diluluskan ketidakbolehan penggunaan perkataan Allahh oleh akhbar mingguan Katholik Herald dan orang Kristian.

Nota Tambahan;Definition of *Islam:

Islam juga merupakan perkataan dalam bahasa Arab dan apabila ditranslatekan ianya bermaksud "summit ourself to the will of absolute One God,Allah".menyerahkan diri kepada Allah dengan mengikut perintah dan meninggalkan laranganNya.And Islam is not a new word because all the prophets from Adam to Jesus to Muhammad(pbut) adalah Islam kerana mereka menyerahkan diri mereka kepada Tuhan yang satu dengan mengikut perintah dan meninggalkan laranganNya.

And One thing to be reminded to Christian is that Jesus a.s(prophet send by God) never came to abolish the law of Moses but to fulfill.

(Matt. 5:17), "Do not think that I came to abolish the Law or the Prophets; I did not come to abolish, but to fulfill."

tapi

menurut ajaran paul pula(Non believer) he teach that the law of moses (the Law) is "a curse".

Galatians 3:10-13 -- For as many as are of the works of the law are under the curse: for it is written, Cursed is every one that continueth not in all things which are written in the book of the law to do them. But that no man is justified by the law in the sight of God, it is evident: for, The just shall live by faith. And the law is not of faith: but, The man that doeth them shall live in them. Christ hath redeemed us from the curse of the law, being made a curse for us: for it is written, Cursed is every one that hangeth on a tree.

http://www.google.com.my/search?hl=e...G=Search&meta=

Jesteru itu dapat disimpulkan disini bahawa Jesus a.s adalah seorang Nabi yang benar lagi dipercayai dan beliau merupakan seorang muslim atau Islam kerana mempertahan dan menyempurnakan perintah dan larangan Tuhan yang satu(undang-undang Tuhan).Dan mengikut analisa secara tidak formal Paul bukanlah seorang Islam kerana beliau menyatakan dengan terbukanya bahawa perintah dan undang-undang tuhan adalah satu sumpahan dan tidak perlu diikut oleh orang ramai..Dan oleh itu disarankan oleh penganut yang berkenaan untuk menganalisa dahulu sejarah dan dalil2 yang menyokong kenyataan Paul tersebut dan tidak menerima bulat2 segala apa yang disampaikan oleh ketua2 mereka melainkan membuat sedikit kajian tentang kebenaran atau kepalsuan yang telah terselah itu.Disamping itu mereka juga boleh menggunakkan brain mereka sebagai alat bagi membantu mereka melakukan sedikit kajian dan penyelidikan because God give us brain for reasoning,not a blind faith.Truth Faith must be built upon proof.

Friday, December 4, 2009

BERITA MEMALUKAN

Daripada Selangor2u.com:



Pastinya sesuatu yang memalukan rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu yang beragama islam secara amnya dan tiada orang lain yang lebih malu jika bukan keluarganya sendiri.

Dilahirkan dengan jantina lelaki dan nama asalnya Mohammed Fazdil Min Bahari kini Fatine yang berada di London takut untuk pulang ke Malaysia selepas pelbagai reaksi negatif tentang perkahwinannya dengan seorang lelaki warga Britain.


Komen:

Daripada berita ini jelaslah bahawa anak-anak Melayu (usia remaja) mengalami krisis moral yang teruk. Ini adalah kerana "kejahilan" dalam ilmu agama Islam. Kalau dia tahu hal-hal agama Islam, khususnya yang berkaitan dengan dosa dan pahala pasti ia tidak akan melakukannya.

MUNGKIN DUNIA SUDAH MENGHAMPIRI KIAMAT



Adakah perkahwinan lelaki dengan lelaki itu sesuatu yang moden??

Mohamed Fazdil (Fatine) berusia 36 tahun telah berkahwin dengan Ian Young, 30 warga Britain pada Mei yang lalu.

Permohonannya untuk mendapatkan visa “leave to remain” di Uk juga telah ditolak beberapa kali dan kemungkinan dia akan dihantar pulang ke Malaysia.

Semua orang membuat kesalahan dalam hidup dan selagi nyawa dikandung badan pintu taubat untuk kembali ke jalan yang lurus masih terbuka untuk Mohammed Fazdil dan rakyat Malaysia juga boleh menerimanya jika anda benar-benar insaf.

Jangan harap untuk menerima kemaafan dari rakyat Malaysia jika hanya kata-kata maaf diluahkan tanpa kembali ke jalan yang benar.

Apa kata-kata nasihat anda kepada Mohammed Fazdil supaya dia kembali ke pangkal jalan? Cemuhan bukan jalan penyelesaian.