Friday, December 4, 2009

BERITA MEMALUKAN

Daripada Selangor2u.com:



Pastinya sesuatu yang memalukan rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu yang beragama islam secara amnya dan tiada orang lain yang lebih malu jika bukan keluarganya sendiri.

Dilahirkan dengan jantina lelaki dan nama asalnya Mohammed Fazdil Min Bahari kini Fatine yang berada di London takut untuk pulang ke Malaysia selepas pelbagai reaksi negatif tentang perkahwinannya dengan seorang lelaki warga Britain.


Komen:

Daripada berita ini jelaslah bahawa anak-anak Melayu (usia remaja) mengalami krisis moral yang teruk. Ini adalah kerana "kejahilan" dalam ilmu agama Islam. Kalau dia tahu hal-hal agama Islam, khususnya yang berkaitan dengan dosa dan pahala pasti ia tidak akan melakukannya.

MUNGKIN DUNIA SUDAH MENGHAMPIRI KIAMAT



Adakah perkahwinan lelaki dengan lelaki itu sesuatu yang moden??

Mohamed Fazdil (Fatine) berusia 36 tahun telah berkahwin dengan Ian Young, 30 warga Britain pada Mei yang lalu.

Permohonannya untuk mendapatkan visa “leave to remain” di Uk juga telah ditolak beberapa kali dan kemungkinan dia akan dihantar pulang ke Malaysia.

Semua orang membuat kesalahan dalam hidup dan selagi nyawa dikandung badan pintu taubat untuk kembali ke jalan yang lurus masih terbuka untuk Mohammed Fazdil dan rakyat Malaysia juga boleh menerimanya jika anda benar-benar insaf.

Jangan harap untuk menerima kemaafan dari rakyat Malaysia jika hanya kata-kata maaf diluahkan tanpa kembali ke jalan yang benar.

Apa kata-kata nasihat anda kepada Mohammed Fazdil supaya dia kembali ke pangkal jalan? Cemuhan bukan jalan penyelesaian.