Monday, January 16, 2012

CERITA MALAYSIA 1@Malaysian story

Hari ini- 16 Januari 2012 (Isnin)

Dalam Berita Harian - cerita malang dan menyedihkan. Ditimpa pintu pagar 200kg. Tak pasal-pasal ini satu tragedi berlaku di Kampung Dato Onn, Larkin, Johor Bahru.

Apakah ini suatu kecuaian yang akhirnya telah membunuh. Entahlah dunia hari ini. Memang betullah dikatakan dunia akhir zaman. Diberitakan bahawa mangsa adalah seorang pembantu rumah (amah) berasal daripada Indonesia berusia 50-an, sedang mencuci lantai dan tergelincir. Dalam keadaan untuk mengelakkan tergelincir, mangsa berpaut pada pintu pagar besi. Ditakdirkan ALLAH s.w.t, pintu pagar besi yang dipaut itu tumbang dan menghempap kepala dan badan mangsa. Mangsa meninggal ditempat kejadian. Majikan dan anak-anak amat bersedih kerana mangsa tidak mempunyai saudara mara dan sebatang kara.


Bacaan lanjut: BERITA HARIAN online
Reaksi:

Mencari kemewahan adalah suatu yang tidak dilarang dalam agama. Kemewahan hanya akan diperolehi melalui pendapatan tambahan atau ”side income” atau pun mungkin melalui pemasaran internet atau ”internet marketing”.

Walau bagaimanapun, kadang-kadang kemewahan yang “melimpah-ruah” pun akan mengundang sesuatu yang tidak baik. Kadang-kadang kemewahan juga akan menjadikan seseorang itu lalai dan sombong. Tragedi di atas boleh dianggap sebagai berpunca dari kemewahan. Apa tidaknya, pagar besi seberat 200kg itu hanya boleh dibina dengan adanya kemewahan. Itulah hakikat duniawi. Setiap yang terjadi ada hikmahnya.

Renung-renungkanlah!



Tajuk: Pelajar cemerlang, adik rentung

Sebuah berita bersangkutan dengan malang dan tragedi. Ini juga seperti yang dilaporkan dalam BERITA HARIAN online
.

Kegembiraan Andi Herah Andi Muddah, 19, untuk mendaftar di Kolej Perubatan MAHSA di Kota Kinabalu akhir bulan ini tidak kesampaian apabila pelajar cemerlang itu ditemui rentung bersama seorang adiknya dalam kebakaran yang memusnahkan lapan rumah di Blok 5, Kampung Titingan di sini, awal pagi semalam.


Mayat anak kedua daripada lima beradik itu ditemui rentung dalam keadaan berpelukan dengan adiknya, Andi Putri Intan, 6, dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi. Andi Herah dijadualkan melapor diri di Kolej MAHSA pada 28 Januari ini. Kebakaran itu turut menyebabkan 74 penghuni daripada 23 keluarga tinggal sehelai sepinggang.


Kebakaran itu telah memusnahkan rumah-rumah dengan begitu cepat kerana kedudukan rumah yang rapat dan struktur papan memudahkan kebakaran merebak.



Reaksi:

Sebagai manusia biasa, kita tidak punya kuasa untuk meramal apa yang bakal terjadi. Akal dan pemikiran manusia hanya mampu menzahirkan setiap kejadian selepas ianya terjadi. Lebih dari itu, adalah kekuasaan ALLAH s.w.t. Untuk itu, kita wajib pasrah menerima setiap takdir ALLAH. Sebagai manusia yang beriman dan bertaqwa, sebaik-baik perkara yang perlu sentiasa ada dalam ingatan ialah sentiasa BERSYUKUR ATAS NIKMATNYA dan bersabar apa bila menerima ujian ALLAH s.w.t.


DARIPADA Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata: Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga. Dan sesiapa yang meminta perlindungan daripada neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata: Ya Allah, selamatkanlah dia daripada neraka.”

Hadis ini sungguh besar kedudukan dan tahapnya, ia menunjukkan limpah kurnia Allah yang besar dan rahmat-Nya yang begitu luas. Orang yang memohon syurga dan meminta perlindungan daripada neraka ditetapkan syarat iaitu Islam serta benar dalam menghadapkan diri kepada Allah (at-tawajjuh).

Demikianlah, bahawa kejayaan dengan syurga dan keselamatan daripada neraka adalah tujuan yang hendak dicapai orang yang mengerjakan solat, berzakat, berpuasa, menunaikan haji, berzikir mengingati Allah dan berjihad. Untuk mencapai ke tahap itu mereka terpaksa memejam pandangan, memelihara kemaluan dan perutnya, menjaga lidah serta menahan tangannya daripada melakukan perkara terlarang. Perkara ini berterusan menjadi adat kebiasaan sehingga Allah mengampuni mereka.



DARIPADA Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata: Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga. Dan sesiapa yang meminta perlindungan daripada neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata: Ya Allah, selamatkanlah dia daripada neraka.”

Hadis ini sungguh besar kedudukan dan tahapnya, ia menunjukkan limpah kurnia Allah yang besar dan rahmat-Nya yang begitu luas. Orang yang memohon syurga dan meminta perlindungan daripada neraka ditetapkan syarat iaitu Islam serta benar dalam menghadapkan diri kepada Allah (at-tawajjuh).

Demikianlah, bahawa kejayaan dengan syurga dan keselamatan daripada neraka adalah tujuan yang hendak dicapai orang yang mengerjakan solat, berzakat, berpuasa, menunaikan haji, berzikir mengingati Allah dan berjihad. Untuk mencapai ke tahap itu mereka terpaksa memejam pandangan, memelihara kemaluan dan perutnya, menjaga lidah serta menahan tangannya daripada melakukan perkara terlarang. Perkara ini berterusan menjadi adat kebiasaan sehingga Allah mengampuni mereka.


Tajuk: BANK SUSU IBU HARAM

Majlis Fatwa memutuskan penubuhan membawa kemudaratan keturunan!

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebbangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan penubuhan bank susu ibu adalah haram kerana percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.



Reksi:

Sebenarnya, dari segi syariat agama Islam penyusuan bayi dengan susu ibu adalah suatu yang amat dituntut kerana khasiat susunya amat tinggi. Dalam konteks lain, setiap bayi yang disusukan adalah dengan sendirinya menjadi keluarga atau dipanggil ”saudara susuan” yang tidak boleh berkahwin. Ini adalah suatu perkara yang perlu dijelaskan terutamanya kepada umat Islam generasi baru. Kejahilan dalam soal penyusuan ibu akan mengundang kekecohan dan kemudaratan dalam Islam. Hari ini, kita lihat macam-macam perkara telah berlaku di kalangan umat Islam di negara ini, terutamanya isu murtad, gejala seks bebas, gejala seks sesama jenis, gay dan lesbian, dan entah apa-apa lagi. Peranan ibu bapa Melayu yang beragama Islam amat dituntut dalam persoalan ini. Banyak-banyak lah berlajar tentang ilmu agama terutamanya tentang hokum-hakam dalam perlakuan hidup seharian. Jangan main bedal saja. Moga-moga ALLAH melindungi kita dari keruntuhan dan kemaksiatan yang didorong oleh golongan golongan kafir yang pandai bermuka-muka.



Isu yang terbaru beberapa hari lalu ialah berkenaan gejala gangster di kalangan pelajar-pelajar sekolah.Gejala ini sedang berleluasa di kalangan anak-anak Melayu di sekolah atau institusi pengajian tinggi. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah untuk menyedarkan ibu bapa tentang gejala ini melalui cara berpakaian, cara bersalaman, eksesori pada anak-anak. CEGAH SEBELUM PARAH!. Jangan sampai NASI SUDAH MENJADI BUBUR

Tajuk: Jawatankuasa basmi seks songsang, bebas ditubuh.
Petikan daripada: Berita Harian -16 Januari 2012

Sebuah jawatankuasa bertindak hasil inisiatif Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia dan beberapa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru(PIBG) ditubuhkan semalam sebagai usaha mencegah dan membasmi perilaku seks songsang yang semakin menular di Malaysia.



Pembentukan jawatankuasa ini adalah bertujuan melancarkan siri jelajah ke semua sekolah di seluruh negara bagi menyemai kesedaran kepada ibu bapa mengenai gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) serta seks bebas di kalangan generasi muda khususnya pelajar-pelajar sekolah.

Langkah ini sebenarnya menuntut peranan ibu bapa dan guru dalam mencegah merebaknya budaya kuning ini ke dalam masyarakat terutamanya masyarakat Islam. Ini tambah menggerunkan kerana ada beberapa pihak yang seolah-olah menyokong aktiviti ini berlaku di negara ini. Masyarakat kafir antarabangsa sudah biasa dengan gejala ini. Cuma, ada beberapa pihak sahaja yang bersuara dan menentang, itu pun Cuma untuk tujuan-tujuan tertentu dan tidak terlalu serius lantaran menjaga masa depan politik.


Pada masa sekarang, di Malaysia sudah ada golongan yang menyuarakan agar kumpulan “laknat” ini diberi tempat. Memang betul kata ulama, DUNIA MENGHAMPIRI AKHIR ZAMAN!. Marilah kita berfikir dengan mendalam. ALLAH mengutuk sekeras-kerasnya amalan ini di kalangan umat manusia terutamanya umat Islam.Ini juga berlaku, rentetan dari KEMEWAHAN dan KEMAJUAN yang dikecapi oleh manusia. Kemewahan dan kemajuan menjadikan manusia buta hati, buta jiwa, buta agama dan buta budaya. Manusia hari ini, (terutamanya golongan kafir) boleh diibratkan sebagai haiwan. Sememangnya, haiwan tidak ada akal dan tidak tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Main bedal saja. Apa yang terlintas didepan mata, hayun saja..


Yang paling menyedihkan, ada kalangan tokoh-tokoh di negara kita yang terang-terangan menyuarakan sokongan. Manusia jenis apa? Ingatlah ALLAH melihat dan mendengar apa yang diperbuat. Jangan kita inginkan kejayaan, pangkat dan kedudukan sehingga kita membelakangkan akidah Islam. Neraka jahanamlah orang-orang seperti ini.


Reaksi:

Banyak lagi isu-isu lain yang belum selesai tentang agama Islam. Sebagai orang Islam yang beriman dan bertaqwa, kita wajar merasa sedih dan bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Isu murtad, penggunaan nama ALLAH oleh gereja, pencerobohan masjid, pembuangan bayi dan sebagainya. Umat Islam wajar bersatu untuk menampakkan kekuatan dan kesepaduan Muslim sejagat. Bukan bertelagah soal-soal kepentingan politik. Bak kata pejuang-pejuang negara, jangan kita nanti mengemis di tanah air sendiri. Sudah sampai masanya, umat Islam di seluruh Malaysia bersatu padu menjana pemikiran bagi membasmi gejala-gejala social yang sedang melanda masyarakat Islam. Bila lagi? Sedarlah! Ada golongan yang sedang menangguk di air yang keruh. Menunggu masa dan ketika.. orang yang bersuara untuk kebenaran, akhirnya dipecat. Kenapa?



Petikan dari Berita Harian -16 Januari 2012

Tajuk: Usah gadai akidah layan golongan ‘berkiblat’ nafsu


Kenyataan Mufti Selangor dan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)..berhubung desakan dua pertubuhan luar agar menghapuskan undang-undang homoseksual adalah wajar dan berani. Desakan International Bar Association’s Human Rights Institute (IBAHRI) dan Pertubuhan Progresif Gay Filipina (ProGay) adalah tindakan yang tidak dapat diterima akal. Apatah lagi, negara Malaysia mendokong Islam sebagai agama rasmi. Kedua-dua pertubuhan ini mempunyai motif jahat yang jelas untuk merancuni pemikiran rakyat agar menerima perlakuan pengamal seks songsang yang boleh dikatakan tidak diterima oleh mana-mana agama di dunia.

Kedua-dua organisasi ini mengharapkan golongan Gay tidak didiskriminasikan kerana gaya hidup mereka mahukan kenginan seks songsang dan diberikan peranan yang penting serta tidak dihina.Tuntutan kumpulan ini tidak wajar dilayan kerana bimbang gejala ini akan menular ke dalam jiwa anak muda atau remaja di Malaysia, terutamanya remaja beragama Islam.


Tidak dinafikan bahawa tuntutan-tuntutan ke arah kebebasan seperti ini didokong oleh pelbagai pertubuhan seperti Human Rights Watch yang mengeluarkan kenyataan di New York mendesak kerajaan Malaysia memansuhkan undang-undang mengharamkan hubungan sesama jenis kerana disifatkan sebagai ketinggalan zaman.

Di Malaysia, siapakah pelopornya?