Monday, December 28, 2009

CHELSEA - DIMANA SEKARANG?

Ini catatan terkini - CHELSEA seri lagi 0-0 dengan Birmingham pada pertembungan "Boxing-day" hari Sabtu yang lepas. Kini, kedudukan CHELSEA agak tergugat dan tercabar apabila musuh ketat MANCHESTER UNITED menang dalam perlawan menentang Hull City dengan jaring 3-1. Sekarang ini,CHELSEA memperolehi 42 mata, dipisahkan 2 mata sahaja dengan MANCHESTER UNITED yang mengumpulkan 40 mata. Ini amat membahayakan kedudukan CHELSEA yang akan melayan FULHAM pada malam ini, 28 Disember 2009 di Stadium Stamford Bridge. Harapannya biarlah tuah dan "rezeki" menyebelahi CHELSEA untuk menang dan terus memahkotai carta liga. Apa yang sangat-sangat diharap moga-moga MANCHESTER UNITED akan kalah dalam pertemuan dengan WIGAN ATHLETIC yang akan dijumpainya pada 30 Disember 2009 di gelanggan sendiri.(Ini nampak berat sikitlah nak kalah???)

Berikut diperturunkan jadual perlawanan Barclays Primier League bagi beberapa pasukan pilihan.

28/12/2009:12.45 Totenham lwn. West Ham

28/12/2009:15.00 CHELSEA lwn. Fulham

28/12/2009:19.45 Wolverhampton lwn Manchester City

29/12/2009:19.45 Aston Villa lwn. Liverpool

30/12/2009:19.45 Portsmouth lwn. Arsenal

30/12/2009:20.00 Manchester United lwn. Wigan

Wayne Ronie sedang disekat oleh pemain Hull City


Ini adalah kedudukan mata bagi lapan pasukan teratas sehingga 28/12/2009:

1. Chelsea - 42 mata

2. Manchester United - 40 mata

3. Arsenal - 38 mata

4. Aston Villa - 35 mata

5. Totenham - 34 mata

6. Manchester City - 32 mata

7. Liverpool - 30 mata

8. Birmingham - 29 mata

Pertarungan nampak bertambah sengit. Masing-masing pasukan nampaknya bermain bermati-matian terutamanya CHELSEA. Permainan yang baik bagi CHELSEA, cuma diakhiri dengan nasib tidak menjadi. Keadaan ini menyebabkan ramai pengkritik bolasepak di England dan peminat CHELSEA yang mula menyuarakan kegusaran lantaran prestasi yang tidak menentu pasukan kesayangan mereka. Lantas itu, pengurus CHELSEA, CARLO ANCELOTTI menyatakan bahawa beliau ada ramuan untuk anak buahnya merencanakan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL). Beliau tidak merasa "panik" dalam menangani pertandingan pada masa sekarang. Suatu berita yang menggembirakan apabila beliau telah diberi "lampu hijau" oleh Persatuan Bola Sepak Ivory Coast untuk mengekalkan pemain hebat Didier Drogba dan Salomon kalou satu lagi perlawanan sebelum pulang ke tanah air untuk bermain dalam Piala Negara-Negara Afrika. Berita ini akan pastinya akan menggerunkan pihak FULHAM yang bakal bertemu pada malam ini (28 Disember 2009). Akan tetapi, pasukan CHELSEA akan lebih gagah dan hebat lagi sekiranya NICOLAS ANELKA dan MICHAEL ASSIEN dapat diturunkan pada perlawanan malam ini. Sewgalanya bergantung kepada keadaan kecederaan kedua-dua pemain.

Roy Hodgson-Pengurus Fulham


Pasukan FULHAM bukanlah suatu pasukan yang boleh dipandang rendah dan boleh dikalahkan dengan mudah. Untuk mengetahui cerita pasukan ini, boleh layari: FULHAM