Tuesday, December 22, 2009

MANCHESTER UNITED KALAH!


Betul-betul terkejut dan teruja bila Manchester United (MU) kalah lagi. Baru beberapa hari dulu kalah dengan ASTON VILA, kemudian minggu ini kalah pula dengan 3-0 FULHAM. Apa kata Sir Alex Ferguson bila kalah...
United kini bergelut menangani senarai kecederaan yang semakin panjang sehingga mereka tidak mampu menurunkan pemain pertahanan senior sejak beberapa minggu lalu, menyaksikan pasukan berdepan dengan senario terdesak...

Sebenarnya, semua orang tahu (termasuk penyokongnya)bahawa MU tidak segagah dahulu lagi. Pemergian Christino Ronaldo ke kelab REAL MADRID cukup "menyiat" hati si Uncle Alex. Tapi, kerana "kesombongan" si Uncle Alex tetap menyembunyikan perasaannya. Memang dasar orang ego, sudah pasti tidak mengakui kegagahan dan kelebihan orang lain. Saya tidak menganggap si Uncle ini seorang jurulatih yang baik. Seorang jurulatih yang baik, perlu ada emosi yang baik juga. Menghargai orang lain adalah suatu yang paling sukar dilakukan oleh Alex Ferguson. Yang jelasnya, semasa Ronie dilantik sebagai Ketua Pasukan England dalam suatu "international friendly", si tua ini mengatakan bahawa Ronie belum layak dilantik sebagai Ketua Pasukan. Apakah Ronie tidak berkecil hati dengan kritikan ini?
Keywordspy




Berdasarkan carta liga pada minggu ini,didapati:
1. Chelsea - 41 mata
2. Manchester United - 37 mata
3. Arsenal - 35 mata
4. Aston Villa - 35 mata
5. Totenham Hotspurs - 33 mata
6. Manchester City - 29 mata

Minggu depan, MU akan menentang Hull City di tempat lawan, pada 27 Disember 2009
Sebagai CHELSEA FAN, diharapkan MU kalah lagi. Ini untuk menentukan kedudukan selamat CHELSEA di carta liga.

Tapi, yang tidak berapa sedap pulak CHELSEA kerap tidak menang (selalu seri) dalam perlawanan kebelakangan ini. Sepatutnya, perlawanan dengan WESTHAM UNITED telah berkesudahan seri. Tidak tahu pula di mana kesilapannya.