Tuesday, December 29, 2009

CHELSEA ON TOPLIST


Pemain Chelsea,John Obi Mikel sedang di asak oleh pemain Fulham


CHELSEA telah berjaya mengatasi ujian getir pada malam tadi (29 Disember 2009) jam 11.00 malam waktu Malaysia, mengalahkan FULHAM dengan jaringan 2-1 pada separuh masa kedua. Perlawanan sengit dan mendebarkan ( kalau ada penyakit jantung.. tak tau la...). Jaringan FULHAM pada awal minit ke-5, cukup "menyeksakan" peminat CHELSEA. Permainan yang kucar-kacir menyebabkan pasukan pelawat berjaya menggugat kawasan gol CHELSEA. Barisan pertahanan yang diterajui oleh John Thery,Carvalho,Zhirkov dan Ferreira terpaksa bekerja keras mematahkan serangan FULHAM. Barisan midfield yang ditugaskan kepada Mikel, Ballack, Joe Cole dan Lampard nampak kurang berkesan. Mungkin keletihan kerana tidak cukup rehat bagi menghadapi "boxing-day"

Apa kata CARLO ANCELOTTI -Pengurus Chelsea, selepas perlawanan menetang Fulham??


"Permainan pada separuh masa pertama, tidak begitu baik. Pada separuh masa kedua permainan bertambah baik dengan penuh keazaman (great determination).Ini bukan suatu yang mudah. tetapi kami dapat "melayaninya" dengan baik.

Pada separuh masa kedua, kami menukarkan sistem permainan dengan memberikan ruang yang lebih banyak kepada Drogba dan Kalou bergerak di sebelah tepi dan berkesan. Drogba bukan sahaja berjaya menjaringkan gol, tetapi juga bekerja keras dan sepenuh tenaga membantu pasukan. Ini adalah sesuatu yang amat baik kepada dirinya dan pasukan."

JADUAL PERLAWANAN

TARIKHPERLAWANANMASA
29 DIS 2009ASTON VILLA vs LIVERPOOL19:45
29 DIS 2009BOLTON vs HULL CITY20:00
30 DIS 2009PORTSMOUTH vs ARSENAL19:45
30 DIS 2009MANCHESTER UNITED vs WIGAN ATHLETIC20:00


KEPUTUSAN 8 PASUKAN TERATAS (Sehingga 29 Dis 2009.
PASUKANMATA
Chelsea45
Manchester United40
Arsenal38
Totenham Hotspurs37
Aston Villa35
Manchester City35
Birmingham32
Liverpool30


Lawati website:
Cheleseafc.com