Thursday, December 31, 2009

MANCHESTER UNITED MENGGANAS!

Penutup tirai 2009, menampakkan KEGANASAN kelab bola sepak Manchester United (MU) membaham pasukan Wigan Athletic dengan jaringan 5-0 di gelanggang sendiri pada jam 3.40 pagi 31 Disember 2009. (Itu yang tak berapa hairan sangat). Keputusan ini nampaknya berjaya mengembalikan KESOMBONGAN, KEEGOAN dan KEBONGKAKAN pemain-pemain dan pegawai pasukan MU. Yang lebih lagi mestilah Si Alex Ferguson(memang sengaja letak Si bukan SIR...). Dia mesti cakap, MU main baik punya. (Tak sedar pasukan Wigan tu team belasahan). Dari segi kedudukan mata, MU sudah dapat 43 mata iaitu kurang 2 mata di belakang CHELSEA (gua punya team) yang mengumpul sebanyak 45 mata selepas perlawanan menentang FULHAM


Jaringan gol Manchester United ialah:

    Pemain(MInit) WAYNE ROONEY(28) MICHAEL CARRICK(31) RAFAEL DE SELVA(44) DIMITAR BERBATOV(50) ANTONIO VALENCIA(75)
Bilangan penonton ialah 74,560 orang. (Kalau dapat "invite" masuk Facebook kan best..)

ARSENAL pula tidak kurang hebatnya apabila berjaya membelasah PORTSMOUTH dengan jaring 4-1 di gelanggang lawan.

Keadaan begini sedikit-sebanyak akan menggugat kedudukan CHELSEA di takhta liga EPL menjelang 2010 nanti. CHELSEA akan menentang pasukan HULL CITY pada 9th. Januari 2010 di Kingston Comms Stadium. (Main di tempat lawan ni tak best...)Harap-harap boleh menang, walau pun tanpa "top scores" setakat ini- 14 gol, iaitu Didier Drogba yang bermain untuk negaranya dalam Piala Negara-Negara Afrika.CHELSEA masih boleh bergantung kepada pemain-pemain yang lain. Paling penting sekali, moga Carlo Ancelotti dapat merencana suatu sistem permainan yang mampu menggugat pertahanan lawan di samping boleh mempertahankan kubu sendiri. Barisan "midfield" pasukan CHELSEA mestilah dibarisi dengan pemain yang "The Best Among The Best" - antaranya Deco, Assien, Ballack, Lampard .

KEPUTUSAN 10 PASUKAN TERATAS (Sehingga 31st. Dis 2009:

PASUKANMATA
Chelsea45
Manchester United43
Arsenal41
Totenham Hotspurs37
Manchester City35
Aston Villa35
Liverpool33
Birmingham32
Fulham27
Sunderland23

JADUAL PERLAWANAN
TARIKHPERLAWANANMASA
09 Januari 2010HULL CITY vs CHELSEA12:45
09 Januari 2010ARSENAL vs EVERTON15:00
09 Januari 2010BIRMINGHAM CITY vs MANCHESTER UNITED17:30
PREMIER LEAGUE