ARSENAL berjaya memintas CHELSEA setelah berjaya membenam BOLTON WANDERES di Emirates Stadium dengan jaringan 4-2.
Selepas menyelesaikan 22 perlawanan, ARSENAL memperolehi 48 mata dengan kelebihan jaringan memberikan mereka ruang mendahului takhta liga EPL. Namun, hakikat ini tidak digusarkan oleh CHELSEA yang menduduki tempat kedua dengan 48 mata tetapi, masih kekurangan 1 perlawanan lagi iaitu 21 perlawanan.
Persaingan merebut takhta liga EPL akan menjadi milik CHELSEA apabila mereka menyempurnakan perlawanan ke 22, menentang BIRMINGHAM CITY di Stamford Bridge, tempat sendiri pada 27 Januari 2010. CHELSEA akan memastikan kemenangan dalam perlawanan ini, dan ARSENAL akan "gigit jari" kalah menentang ASTON VILLA di gelanggang lawan pada hari yang sama. Harap-harap begitula...COME ON CHELSEA! BEAT IT! BEAT IT! Macam lagu Michael Jackson pulak..
Anda yang berminat untuk mengetahu cerita bola sepak Boleh baca di sini!
Pada permulaan permainan,ARSENAL telah dikejutkan awal dengan 2 jaringan BOLTON oleh Cahill (minit ke-6) dan penalti oleh Taylor (minit ke-27).
ARSENAL tidak berputus asa, dan seperti mana biasa, pada separuh masa kedua mereka berjaya menjaringkan gol. (Hantu Arsene Wenger masuk separuh masa kedua). Gol-gol ARSENAL dijaringkan oleh Rosicky (minit ke-43), Fabregas (minit ke-52, Vermaelen (minit ke-64) dan Arshavin (minit ke-85). Yang jelas di sini, pemain-pemain ARSENAL lambat "panas". Ini bermakna, untuk pertemuan ARSENAL dengan CHELSEA nanti, setiap pemain CHELSEA akan menjaringkan gol sebanyak mungkin pada separuh masa pertama, dan membuat kawalan ketat (tight marking) pada separuh masa kedua. Kalau ini boleh dilakukan, jawabnya ARSENAL akan gigit jari lagi..