Monday, January 4, 2010

APA SUDAH JADI?

MANCHESTER UNITED KALAH LAGI!!!"

MANCHESTER UNITED menerima nasib malang lagi dalam perlawanan bolasepak PIALA FA menentang pasukan Division Satu LEEDS UNITED. Kalah di gelanggan sendiri dengan jaringan 1-0 - AMAT MEMEDIHKAN. Berlainan pula dengan cerita CHELSEA menang BERGAYA ke atas WATFORD dengan jaringan besar iaitu 5-0. Inilah rezeki bagi orang yang "low profile" macam Ancelotti yang tidak bercakap besar macam Si Alex Ferguson manager MU.

Jaringan gol pada minit ke-19 oleh JERMAINE BECKFORD penyerang berumur 26 tahun kelahiran London, yang tinggi lampai selepas berjaya memperdayakan WESLEY BROWN, pertahanan MU ( yang pernah ddah ikatakan "amat bagus" oleh Alex Ferguson), telah benar-benar merobek hati dan perasaan peminat MU.

MU yang tetekan terus menggasak kubu lawan, tetapi pertahanan LEEDS yang begitu kental untuk ditembusi terutamanya CASPER ANKERGREN penjaga gol warga Denmark yang cukup berpengalaman. LEEDS tidak sekadar bertahan tetapi melakukan beberapa "counter-attack" yang mencemaskan kubu MU. Suatu ketika, WESLEY BROWN bertindak kasar ke atas penyerang LEEDS sehingga dilayangkan kad kuning pada minit ke-36, dikuti oleh DARRON GIBSON pada minit ke-53. Ini jelas menampakkan kekeciwaan dan tekanan kepada pemain MU yang selama ini amat berbangga dengan "pencapaian berganda" sehingga ada seorang peminat MU pernah berkata yang MU sudah jemu dengan piala.


Permainan menjadi agak tegang apabila pemain-pemain (kebanyakannya pemain MU) yang sering mempersoalkan keputusan pengadil perlawanan. Namun, keadaan masih terkawal. Kesukaran menghasilkan jaringan, membuatkan MU melakukan dua pertukaran serentak dengan mengeluarkanD.WELBECKuntuk digantikan dengan L.VALENCIA dan RYAN GIGGS menggantikan G.OBERTAN pada minit ke-57. Kemudiannya, pada minit ke-69, pemain tengah yang tidak pernah "manis" iaitu, ANDERSON digantikan oleh MICHAEL OWEN pada minit ke-69.

LEEDS UNITED juga membuat pertukaran pemain dengan mengeluarkan J.HOWSON digantikan dengan R.SNODGRASS; L.MICHALIK ganti L.BECCHIO dan A.HUGHES digantikan oleh A.WHITE.

Pada keseluruhan permainan ini, memperlihatkan kegagalan penyerang-penyerang MU yang dibarisi oleh WAYNE ROONEY, DIMITIAR BERBATOV, D.WELBECK dan G.OBERTAN membuat penyudahan yang kemas.

MANCHESTER UNITED"mempunyai tugasan yang berat untuk berdepan dengan MANCHESTER CITY dalam perlawanan PIALA LIGA yang akan dijalankan pada 07 Januari 2010 di tempat lawan. Perlawanan ini sememangnya dinanti-nantikan oleh semua peminat bola sepak England di seluruh dunia. APAKAH MANCHESTER UNITED AKAN BERNASIB MALANG LAGI???

Bacaan Tambahan
Write about affiliate program,make money online and online marketing


Lihat Keputusan FA Cup