Saturday, January 2, 2010

KESOMBONGAN ROONEY

Penyerang Manchester United, WAYNE ROONEY percaya dia akan dapat mengatasi jumlah jaringan terbaiknya pada satu musim. Rooney menyatakan bahawa dia mampu mengatasi rekod yang dicatat pada musim 2006-2007 iaitu 23 gol untuk MU. Itu musim CHRISTIANO RONALDO masih ada di Old Trafford. Sekarang, ada Berbatov dan Owen. Dulu, Ronaldo banyak memberi ruang dan mengumpan kepada Rooney untuk menjaringkan gol. Dalam setiap perlawanan, ramai pemain pertahanan lawan yang “mengepung” dan mengawal ketat Ronaldo, hingga memberikan Rooney ruang untuk jaringkan gol.


Rooney berkata: ”Itu sasaran saya.Jika saya tidak menjaringkan 8 gol di antara sekarang hingga hujung musim, sudah tentu ada yang tidak kena.”


Si Alex Fergusson pun komen:
”Tenaga yang ditunjukkannya, keinginan kuat untuk menang, memang menakjubkan. Lebih penting, aksi berpasukan juga memuaskan. Separuh kedua musim biasanya tempoh apabila pengalaman jadi faktor penting dan kami jelas memilikinya..”


Lihatlah ayat yang dituturkan, nampak jelas KEANGKUHAN dan KESOMBONGAN SI TUA NI... Chelsea jangan beri peluang. 2010 Chelsea Champion
JOSE MOURINHO pun letak CHELSEA sebagai pilihan untuk juara EPL 2010.