Saturday, January 16, 2010

Nasib Buruk Liverpool

TUNDUK KEPADA READING DALAM PERTANDINGAN PIALA FA

Apa hendak dikatakan lagi.RAFAEL BENITEZ terpaksalah menerima hakikat bahawa pasukan LIVERPOOL tidaklah sehebat dahulu.. musim lepas boleh tahan. Beliau dikecam dengan hebat oleh peminat-peminat LIVERPOOL.Kekalahan 2-1 di tangan Reading, sudah semestinya tidak dapat diterima oleh penyokong-penyokong LIVERPOOL. Saya harap, perkara sebegini tidak terjadi kepada kelab kesayangan CHELSEA.. Dalam EPL nanti CHELSEA akan menentang SUNDERLAND di gelanggang sendiri pada besok malam SABTU - 16 JANUARI 2010, JAM: 10.55 MALAM waktu Malaysia. Pencabar terdekat iaitu MANCHESTER UNITED yang juga telah tersingkir dari kancah Piala FA, akan bermain EPL menentang BURNLEY di gelanggang sendiri pada tarikh dan masa yang sama. Ada kemungkinan MANCHESTER UNITED akan menang.. tapi, harap-harap boleh up-set.

Liverpool melawan Reading

Perlawanan-perlawanan lain dalam EPL adalah seperti berikut:
(PASUKAN BIG FOUR SAHAJA)

JADUAL PERLAWANAN

TARIKHPERLAWANANMASA
17 Januari 2010EVERTON vs MANCHESTER CITY1:25
17 Januari 2010BOLTON vs ARSENAL11:55
17 Januari 2010TOTENHAM vs HULL1:00
Dalam satu berita lain, LIVERPOOL telah berjaya mendapatkan khidmat pemain sayap Argentina iaitu MAXI RODRIGUEZ melalui perpindahan tanpa bayaran dari kelab ATLETICO MADRID.Perpindahan ini diharapkan dapat membaiki nasib malang LIVERPOOL dan dapat menjayakan misi RAFAEL BENITEZ untuk berjaya dalam saingan Piala EUFA selepas gagal memburu tempat ke Piala UEFA Champion. Hakikat ini amat pedih untuk dilalui oleh semua pegawai, pemain dan peminat LIVERPOOL.

KEPUTUSAN 10 PASUKAN TERATAS (Sehingga 15 JANUARI 2010:
PASUKANMATA
Chelsea45
Manchester United44
Arsenal42
Manchester City38
Totenham Hotspurs37
Aston Villa35
Liverpool35
Birmingham33
Fulham27
Stoke City24

Ini saja saya paparkan untuk renungan. Gambar saya kutip dari Selangor2u.com.
Seorang paling tinggi dan seorang paling rendah

Benitez masih boleh tersenyum