Monday, January 18, 2010

CHELSEA MASIH TOP


CHELSEA masih berjaya mengekalkan kedudukan teratas Barclays Premier League dengan mengalahkan SUNDERLAND dengan jaringan besar, 7-2 di gelanggang sendiri,Stamford Bridge.

Florent Malouda,Chelsea melepasi halangan George McCartney dari Sunderland


Bagi Carlo Ancelotti, pengurus CHELSEA menyatakan bahawa beliau telah berjaya membuktikan bahawa mereka boleh melakar kejayaan, biar pun tanpa "stars" Afrika melalui jaringan bergaya Nicolas Anelka (2 gol),Florent Malouda, Asyley Cole, Frank Lampard (2 gol) dan Michael Ballack melengkapkan jaringan kemenangan CHELSEA.

SUNDERLAND pula memperolehi jaringan melalui pemain gantian Bolo Zenden dan Darrent Bent.

Nicolas Anelka,Chelsea cuba dicabar Paulo Da Silva dari Sunderland


CHELSEA menguasai permainan sebaik sepak mula dan kelincahan perancang tengah CHELSEA, iaitu Joe Cole sememangnya tidak dinafikan tetapi beliau gagal menjaringkan sebarang gol. Sepatutnya, beliau meletakkan CHELSEA didepan setelah mendapat peluang terbuka, namun Marton Fullop penjaga gol Sunderland bertindak cemerlang. Dari segi permainan, jelas menampakkan penguasaan CHELSEA dengan "diamond formation" yang benar-benar berkesan disamping memiliki pemain-pemain yang dedikasi serta memiliki sikap "toleransi" yang tinggi. Ini jelas dilihat dalam setiap pertandingan dalam Barclays Premier League, pemain-pemain CHELSEA nampak tidak begitu tertekan. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh pemain-pemain CHELSEA berbanding dengan pasukan-pasukan MANCHESTER UNITED, MANCHESTER CITY, ARSENAL, LIVERPOOL dan lain-lain yang memang nampak "tension" dalam permainan. Lantaran itu, padahnya terimalah kad kuning dan kad merah.

Ricardo Carvalho, Chelsea menanduk bola ke pintu gol Sunderland

Apa kata ANCELOTTI?

"Kami melalui perlawanan ini dalam keadaan baik. Semua pemain dalam keadaan cergas dan bermotivasi.Perlawanan ini mungkin yang terbaik bagi musim ini. Bukan suatu yang mudah, apabila bermain tanpa bintang-bintang ASfrika, namun kami dapat menanganinya dengan sempurna dan semua pemain yang terlibat bermain dengan baik dan berjaya melakukan tugas masing-masing.."

CHELSEA melakukan pertukaran seawal babak kedua perlawanan menggantikan kapten pasukan John Terry dengan Alex "si-kereta kebal", dan Yuri Zhirkov menggantikan Ashley Cole "the overlappers defender" yang mengalami kecederaan pergelangan kaki.

Wayne Rooney,Manchester United menjaringkan gol kedua menentang Burnley